Masakan masyarakat Islam di China

Tinggal menetap di negara bukan Islam seperti China merupakan satu cabaran yang agak hebat terutamanya dari segi makanan oleh masyarakat Islam di sana. Di Barat China terdapat ramai penduduk yang beragama Islam.
Lantaran itu, banyak restoran menyajikan hidangan halal yang dimasak sendiri oleh umat Islam. Boleh dikatakan hampir semua masakan sajian menggunakan cara yang sama, namun berbeza pada bahannya.
Di China, mereka menggunakan perkataan Qingzhen iaitu kebenaran tulen dengan maksud ianya adalah halal. Restoran-restoran Islam di China banyak menggunakan elemen-elemen Islam dari negara Arab seperti permaidani dan hiasan yang menggunakan tulisan bahasa Arab.
Terdapat beberapa jenis masakan yang terdapat di negara China. Antaranya ialah:
Masakan Kantonis
Masakan Kantonis atau panggilan lainnya masakan Yue adalah masakan-masakan yang digoreng dan dikukus. Makanan Kantonis yang paling terkenal dan digemari adalah Dim Sum. Pau dan dumpling juga tergolong di dalam kategori dim sum. Makanan ini boleh dihidangkan secara kukus ataupun goreng mengikut kepada citarasa masing-masing.
Masakan Sichuan
Masakan Sichuan atau lebih dikenli sebagai Masakan Chuan adalah masakan yang berasaskan bawang dan cili api. Masakan Sichuan rasanya lebih pedas dan sedikit berminyak. Antara menu terkenal masakan Sichuan ialah ayam kung pao. Ayam Kung Pao adalah ayam yang dipotong kecil dan dimasak bersama sos tiram, kacang, cuka dan sedikit sayur. Menu ayam kung pao juga adalah antara menu yang popular di negara kita.
Masakan Jiangsu
Masakan Jiangsu juga turut dikenali sebagai masakan Su. Masakan Jiangsu berasaskan ikan segar dan makanan laut. Makanan popular Jiangsu dikenali sebagai Kepala Singa. Bebola daging akan direbus bersama dengan sayur.
Masakan Hunan
Masakan Hunan dan Sichuan adalah hampir sama di mana ianya digoreng dan rasanya pedas. Masakan Hunan menggunakan cili api sahaja. Antara masakan yang terkenal dalam masakan Hunan adalah Ayam Dong’an. Ayam akan direbus bersama cili, cuka beras, halia. Ianya akan dihidangkan setelah sejuk.
Begitulah serba sedikit beberapa jenis masakan yang terdapat di China. Masakan-masakan Cina Muslim ini juga ada yang turut terkenal dan disukai di Malaysia.