MB: Johor tiada masalah tambah peruntukan bantuan banjir

Uncategorized Syed Safri 15-Dis-2019

Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan bantuan banjir sebanyak  RM1.1 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bergantung kepada keperluan,  penambah peruntukan kepada agensi terlibat tidak akan menjadi satu masalah.

Beliau yang melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sedili Kechil, di Kota Tinggi menegaskan, selain bantuan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan juga telah menyalurkan sebanyak RM500,000 dan kerajaan negeri serta agensi berkaitan akan memastikan masalah-masalah yang berbangkit akan diselesaikan sebaik mungkin.

Turut serta dalam lawatan ke PPS yang menempatkan seramai 149 mangsa dari 39 keluarga ialah Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail.