Menara Exchange 106 separa penuh tahun 2020

Uncategorized MAS 08-Dis-2019

Sasaran kadar pendudukan 50 peratus menjelang akhir 2020 dikenal pasti Mulia Property Development. Pengurus Besar syarikat pemaju berkenaan menganggarkan Pensijilan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) penuh akan diperoleh dalam beberapa minggu. Penyerahan fizikal telah dilakukan kepada dua penyewa yang akan beroperasi tahun ini.

Bangunan berkenaan merupakan yang tertinggi di Malaysia dan bangunan pejabat keenam tertinggi dunia. Ianya akan dapat membawa aura hab antarabangsa seperti Canary Wharf London, Menara Pusat Dagangan Dunia New York dan Pusat Kewangan Antarabangsa Shanghai.

Ciri menarik yang mampu memikat penyewa berpotensi adalah penyambungan pelbagai sistem pengangkutan di menara berkenaan yang membolehkan perjalanan penumpang berjalan lancar.