Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Menarik! Khat Diwani pernah jadi tulisan rahsia Kerajaan Uthmaniyah

Seni 30 Jan 2021
Md Wa'iz
Menarik! Khat Diwani pernah jadi tulisan rahsia Kerajaan Uthmaniyah
Menarik! Khat Diwani pernah jadi tulisan rahsia Kerajaan Uthmaniyah © Sufi70 | Dreamstime.com

Terdapat satu ciri menarik di sebalik sejarah seni tulisan khat Diwani. Anda rasa mengapa tulisan khat ini kelihatan agak rumit? Ini kerana ia pernah menjadi satu tulisan rahsia bagi para pemerintah Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Menarik bukan?

Tulisan rahsia pemerintah Uthmaniyah

Salah satu daripada tulisan khat terkenal dalam Islam ialah khat Diwani. Ia dipanggil sebagai diwani sempena mengambil nama Diwan; sebuah institusi ketua negara yang bertanggungjawab memilih pegawai, para menteri dan juga pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyah.

Khat ini dicipta pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyah dan mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman 1 (1520-1566). Lebih menarik, ia pernah menjadi tulisan rahsia bagi pihak kerajaan Uthmaniyah kepada gabenor-gabenor mereka ketika berkomunikasi.

Ini bertujuan mengelakkan sebarang kebocoran rahsia dan maklumat kerajaan kepada pihak musuh. Khat Diwani turut disebut sebagai Khat al-Sultan memandangkan ia dipelajari oleh ramai daripada sultan-sultan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Hanya untuk urusan rasmi Kerajaan Uthamniyah

Khat ini digunakan dalam penulisan semua notis atau perintah, dasar, dan resolusi dari sultan. Teks Diwani pada notis dan perintah ini juga dihiasi dengan Tugrah, yang juga dihasilkan daripada tulisan khat Diwani.

Tugrah adalah sejenis kaligrafi kompleks yang berbentuk seperti satu logo, digunakan sebagai cop mohor atau tandatangan sultan. Ia melambangkan kekuasaan sultan dan kerajaan Uthmaniyyah itu sendiri.

Antara jenis khat paling kompleks

Ia mungkin kelihatan amat cantik disebabkan tulisannya yang ditulis dalam pelbagai bentuk. Namun, ia sebenarnya adalah sejenis khat yang amat kompleks.

Khat Diwani dibahagikan kepada dua jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Jali. berikut adalah perbezaannya:

  • Diwani biasa: tidak mempunyai atau melibatkan sebarang hiasan dalam tulisannya. Ia biasanya ditulis dalam satu baris lurus sahaja
  • Diwani Jali: tulisan jenis ini biasanya ditulis dalam bentuk hiasan dengan hurufnya yang saling berkait. Biasanya ditulis untuk tujuan hiasan semata-mata, bukan untuk urusan rasmi. Tulisan khat Diwani Jali adalah lebih rumit dan kompleks berbanding Diwani biasa

Siapakah pengasas kepada khat Diwani?

Khat ini mula diperkenalkan oleh seorang individu bernama Ibrahim Munif selepas Kota Istanbul ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Ada juga yang mengatakan bahawa khat Diwani ini direka oleh Housam Roumi.

Kaedah khusus bagi khat Diwani ini kemudiannya disusun oleh Mumtaz Bek. Terdapat beberapa penulis khat Diwani yang terkenal pada zaman Kerajaan Uthmaniyah antaranya ialah Aziz Effendi, Sami Effendi dan Effendi Kjamil. 

Khat Diwani boleh dikatakan sebagai antara jenis tulisan khat yang tercantik. Namun ia juga adalah antara jenis khat yang paling sukar untuk dihasilkan. Oleh sebab itu, tidak ramai individu yang berkemahiran dalam penulisan khat jenis ini.

Kebanyakan khat Diwani ini dijadikan sebagai tulisan hiasan di dinding atau di dalam bingkai untuk digantung.