Pendapat 20-Apr-2020

Mencari Islam: Dia tidak dilahirkan dan tidak melahirkan

Hafiz Firdaus
Kolumnis
Cari kebenaran dalam diri © Vachiraphan Phangphan | Dreamstime.com

Dalam perjalanan mencari kebenaran dan agama yang benar – walaupun dilahirkan sebagai Muslim – saya telah memutuskan untuk bermula dari sikap berkecuali dan akan hanya berbicara dengan diri sendiri. Saya akan cuba menjawab semua soalan dengan jelas dan tepat. Saya mahu jujur ​​pada diri saya.

Suara batin dalam diri pernah bertanya kepada saya. Tidakkah kamu bersikap naif? Adakah kamu mengikuti khayalan dan impian? Adakah kamu benar-benar akan melihat syurga – dengan semua keindahannya seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran yang mulia – dan ketinggalan dalam semua keseronokan hidup ini?

Suara batin bertanya lagi, kamu mendakwa bahawa Allah SWT, Maha Suci dan Maha Mulia wujud kerana kamu bergantung pada akal, dan kamu mengatakan bahawa, untuk setiap ciptaan mesti ada penciptanya. Maka, untuk setiap produk mesti ada pengilangnya dan untuk setiap puisi pasti ada penulisnya.

Sambung suara itu lagi, sekiranya kamu mempercayai idea ini, mungkin kamu mahu bertanya, siapakah yang menciptakan Allah SWT.

Setelah membuat kajian mendalam dan pertimbangan yang panjang, dengan akal yang masih lagi  neutral, saya kembali ke suara batin itu dan menjawab: soalan kamu itu salah dan merosakkan; ia penuh emosi dan sembarangan saja.

Suara itu berkata: mengapa pula begitu?

Saya menjawab, Keupayaan otak kita terhad, begitu juga dengan deria cium, lihat dan sebagainya. Apa yang kamu cuba lakukan adalah membayangkan Allah SWT dengan menggunakan pancaindera yang terhad, akal yang terhad dan peraturan terhad yang dicipta oleh manusia.

Kamu memahami konsep bahawa Allah SWT adalah Yang Maha Pencipta, tapi kemudian kamu seolah memahami Allah seperti suatu ciptaan. Ini adalah kerana deria ciptaan kamu yang terhad dan pemikiran yang terhad. Pemikiran kamu ditentukan oleh dua perkara: masa dan tempat di mana kamu tinggal, dan keduanya adalah ciptaan Allah.

Allah SWT yang telah mencipta kamu dalam waktu dan tempat tertentu, pastinya melebihi daripada kesemua had dan batas ini. Ini seolah-olah sama seperti robot yang menganggap manusia yang membinanya mungkin berfungsi sama dengan komputer, wayar, kod pengaturcaraan, elektrik dan bateri.

Saya berkata: kamu, suara batin!

Kamu berusaha menjadikan Allah SWT seperti mana kamu melihat perkara lain. Kerana kamu dibatasi oleh apa yang boleh lihat, dihalang oleh pancaindera sendiri dan kemampuan untuk membayangkan sesuatu. Pada dasarnya, kamu cuba untuk mengurung Allah dengan batasan-batasan diri sendiri!

Artikel berkaitan
Sahsiah Hafiz Firdaus 28-Mei-2020 Penyerahan puncak hati dan minda
Pendapat
Pendapat 30-Jul-2020
Abi Aasim
Kolumnis

Usahlah disia-siakan usaha dan kerja keras barisan petugas hadapan negara dan rakyat Malaysia yang patuh sebelum ini. Jika terlupa atau kurang pasti, di sini saya ingatkan semula tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika meraikan Hari Raya Korban ini.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 23-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Begitulah sedikit sebanyak pegalaman saya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor. Lega dan seronok melihat anak-anak gembira dapat keluar beriadah dan bercuti setelah lama terperap di rumah. Banyak pengalaman baru yang diperolehi. Benarlah kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 15-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan sektor pelancongan kembali dibuka, saya dan isteri terus merancang untuk pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Pulau Pangkor terletak di daerah Manjung, Perak. Sebenarnya sebelum itu ingin merancang bercuti di Kuala Terengganu, tetapi memikirkan jarak yang agak jauh dari tempat tinggal serta perlu mengambil cuti yang panjang, akhirnya Pulau Pangkor menjadi pilihan.

Teruskan Teruskan