Pendapat 06-Mei-2020

Mengapa ini adalah detik penentu dunia Islam

Muhammad Nassar
Syed Safri
Kolumnis
SalamWeb digunakan di 197 negara © salamweb.com

Begitu  pelik masa yang kita lalui dalam kehidupan sekarang: dunia diminta untuk kekal berada di dalam rumah. Bagi umat Islam, ini bermakna menjauhi masjid dan sebarang aktiviti solat berjemaah dan juga apa-apa bentuk perhimpunan awam. Akibatnya amat hebat dan agak dramatik terutamanya bagi negara-negara Islam atau negara-negara dengan populasi Muslim yang ramai.

Oleh kerana masyarakat global diminta untuk tinggal di dalam rumah, mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam talian. Ini bermaksud pemenang terbesar hasil daripada dari wabak ini adalah gergasi  teknologi Barat seperti Amazon, Google, Facebook dan sebagainya. Walaupun kebanyakan perniagaan sedang menghadapi masalah, mereka pula terus mengambil pekerja.

Dalam dunia yang dikuasai oleh teknologi, umat Islam hanya boleh mempertahankan identiti budaya dan agama kita hanya apabila kita memiliki dunia maya Islam sendiri. Alam maya yang menghormati tradisi dan cara hidup umat Islam.

Internet, jika digunakan dengan betul, dapat menghasilkan zaman kelahiran semula Islam yang serupa dengan perkembangan sains, budaya dan kehidupan masyarakat Islam pada zaman pemerintahan Islam Abbassiyah.

Jika tidak, dunia Islam akhirnya akan tenggelam di bawah penularan pengaruh Barat. Perkara ini tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi dengan izin Allah SWT, akan berlaku dalam masa satu atau dua generasi yang mendatang.

Buat masa sekarang, kesemua ini menjadi risiko apabila umat Islam terus menghabiskan banyak masa dengan aktiviti-aktivi dalam talian di rumah mereka. Secara tanpa disedari, perkara ini realitinya menyokong penuh syarikat-syarikat gergasi yang akhirnya akan menjadi masalah dan musuh sebenar mereka.

Ini adalah masa-masa yang sukar bagi umat Islam. Kita harus sedar bahawa zaman yang mencabar sekarang adalah ujian Yang Maha Kuasa. Allah SWT menguji kesetiaan kita kepada-Nya, kepada masyarakat kita dan kepada diri kita sendiri.

Bagi SalamWeb, kami amat yakin bahawa sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama berusaha dengan teliti dan secara kolektif untuk mengekalkan identiti agama dan budaya kita. Sebarkan berita dan kongsikan artikel ini. Sokong SalamWeb, dan sokong semua sumber dalam talian yang patuh Muslim.

Artikel berkaitan
Family with kids enjoy riding bicycle outdoor in the beach Sahsiah Syed Safri 02-Jun-2020 Pengutamaan diri capai mercu hidup sihat Agama Adea Ghafar 16-Apr-2020 Ilmu agama penyuluh hidup insan
Pendapat
Pendapat 30-Jul-2020
Abi Aasim
Kolumnis

Usahlah disia-siakan usaha dan kerja keras barisan petugas hadapan negara dan rakyat Malaysia yang patuh sebelum ini. Jika terlupa atau kurang pasti, di sini saya ingatkan semula tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika meraikan Hari Raya Korban ini.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 23-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Begitulah sedikit sebanyak pegalaman saya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor. Lega dan seronok melihat anak-anak gembira dapat keluar beriadah dan bercuti setelah lama terperap di rumah. Banyak pengalaman baru yang diperolehi. Benarlah kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'.

Teruskan Teruskan