Mengapa perlu menyimpan emas?

Ekonomi Zalika Adam
Zalika Adam
Mengapa perlu menyimpan emas?
Mengapa perlu menyimpan emas? © Bashta | Dreamstime.com

Emas adalah merupakan salah satu pilihan pelaburan terbaik untuk umat Islam. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh difikirkan sebelum melabur dan menyimpan emas. Tetapi persoalannya ialah mengapa perlu menyimpan emas?

Mengapa kita perlu menyimpan emas?

Emas merupakan antara bahan galian yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Apabila melihat kepada bentuk pelaburan emas perhiasan dna emas bar, terdapat sedikit perbezaan antara keduanya.

Apakah perbezaan antara emas bar dan emas perhiasan?

  • Emas bar (12-20%) susut nilai. Boleh dimiliki oleh lelaki dan wanita
  • Emas perhiasan akan susut nilai kepada 30%. Dipakai oleh golongan wanita sahaja

Setiap jenis emas berbeza dari segi ketulinan emasnya seperti: 99.9% dan 96.9%.

Nilai emas stabil, berbeza dengan mata wang

Menyimpan emas amatlah digalakkan. Bagi masyarakat Arab, emas dianggap sebagai satu kemewahan dan kebanggaan bagi wanita dan perlu dimiliki dan dihiasi. Ketiadaan emas menunjukkan seseorang itu tiada kemampuan dan kemewahan dimiliki.

Pada zaman awal Islam, dinar emas adalah kepingan syiling emas seberat 4.25 gram. Dinar berfungsi sebagai alat pertukaran, penyimpanan dan pengukur nilai yang baik.

Emas dan perak merupakan mata wang yang mempunyai nilai yang stabil.  Malah, terdapat beberapa ayat al-Quran dan hadis menyokong keperluan emas.

Nilai emas tidak susut sejak 1400 tahun lalu. Pada awal Islam, satu dinar boleh membeli seekor kambing. Hari ini, satu dinar emas yang bernilai RM800-1000 juga boleh membeli seekor kambing.

Ini berbeza dengan mata wang. Tahun 80-an dengan duit syiling 50 sen sahaja boleh membeli nasi lemak sehingga 2 bungkus. Tetapi sekarang 50 sen sahaja tidak ada apa yang boleh dibeli kecuali air kosong.

Emas dalam tradisi Islam, cara menyimpan harta

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Sesungguhnya, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengallir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera.”

(Surah al-Hijr, ayat 23)

Firman Allah SWT yang maksudnya:

“Dan di antara ahli kitab, ada orang yang jika kamu amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta (Qintar) 10 sekalipun, ia akan mengembalikan (dengan sempurna) kepadamu. Dan ada pula di antara mereka yang jika kamu amanahkan menyimpan sedinarpun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihkannya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah SWT sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta.”

(Surah Aal-i Imran, 3:75)

Sabda Rasulullah SAW, dari Abu Said al-Khudri:

“Janganlah kamu menjual emas dengan emas dan juga perak dengan perak kecuali hendaklah sama timbangan dan sama jenis.”

Justeru, menyimpan emas adalalah amat digalakkan, namun apabila tiba kadar tertentu, perlulah dikeluarkan zakat.