Mengapa sikap kita berubah dalam pelbagai keadaan?

Masyarakat 11 Jan 2021 Hanita Hassan
Hanita Hassan
Mengapa sikap kita berubah dalam pelbagai keadaan?
Mengapa sikap kita berubah dalam pelbagai keadaan? © Albertshakirov | Dreamstime.com

Dalam hidup ini ada ketikanya orang yang paling baik boleh berubah menjadi paling jahat. Perubahan emosi ini adalah reaksi psikologi semula jadi dalam situasi  tertekan.

Mengapa sikap kita berubah dalam pelbagai keadaan?

Satu ketika anda sangat berbudi bahasa dan bersopan santun. Lemah lembut apabila bercakap dan mengambil berat terhadap orang sekeliling, sabar dan bermurah hati serta sentiasa melempar senyuman di wajah  tanda gembira. Pada ketika lainnya, wajah anda bertukar merah, mata anda terjojol, kening ternaik.

Mulut anda terbuka luas dan tidak mempedulikan keadaan sekeliling, anda mula bercakap perkara yang tidak senonoh dan kasar. Tidak lagi peka dan sabar, sebaliknya, anda mahu ‘keadilan’ di sini dan sekarang, sementara dunia perlu menunggu anda melepaskan amarah.

Inilah bagaimana sikap orang yang bermoral kehilangan moralnya. Atau boleh dikatakan sebagai orang biasa yang bermoral, kerana orang yang benar-benar bermoral boleh mengawal perasaan tanpa mengira situasi.

Akhlak adalah kualiti yang bukan sahaja diterangkan dalam al-Quran tetapi juga aspek  penting bagi umat Islam kerana terdapat banyak peraturan dan kebajikan yang perlu ada dalam nilai keimanan setiap umat Islam.

Dalam situasi kehidupan sebenar, anda  berasa sukar untuk mengawalnya kerana apabila anda hilang pertimbangan, itu adalah reaksi semula jadi  untuk bertindak balas dan melepaskan amarah. Inilah yang menunjukkan moral kita berubah.

Namun sebagai seorang muslim sejati adakah ia dibenarkan? Membandingkan dua situasi di atas. Situasi pertama membawa visi kedamaian, ketenangan dan kegembiraan, pendek kata ia membawa wawasan ke Syurga.

Manakala situasi kedua adalah perang dan gangguan, kepahitan dan kemarahan yang marak, yang tidak lain selain mengingatkan kita akan Neraka.  Oleh itu apabila terlalu mengikut emosi dan membiar kemarahan menguasai diri, ia hanya membuat anda menuju satu langkah ke jurang Neraka.

Ia adalah alasan yang cukup baik untuk berfikir tentang kedua-dua situasi sama ada baik atau buruk melepaskan kemarahan. Bagi seorang Muslim sejati, mengubah akhlak agar sesuai dengan perubahan emosi tidak perlu dipertimbangkan.

Tetap tenang walau apa pun keadaan

Sekiranya anda bertindak secara moral pada waktu tenang, maka bersikaplah sedemikian juga di saat pergolakan dan awasi diri agar tidak mudah melatah. Anda mungkin berpendapat bahawa proses ini adalah tindak balas naluri.

Dan ia tidak dapat dikawal, kerana berpunca daripada kesalahan orang lain, yang mencetuskan keadaan sebegini, maka kekurangan tindak balas akan merugikan kepentingan anda. Perkara ini adalah salah sama sekali. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam.”

(Hadis riwayat Al-Bukhari, 6475 dan Muslim, 74)

Hadis ini tidak mengatakan bahawa anda tidak boleh menfitnah atau mengutuk ‘asalkan anda tidak dipaksa untuk menjadi sebaliknya’, sama sekali tidak, tetapi ia mengatakan bahawa orang yang beriman tidak akan sama sekali melakukannya.

Setiap Muslim perlu mengawal kemarahannya. Ia adalah ujian yang sukar untuk anda tetapi ujian yang sukar ini mempunyai keberkatan di dalamnya kerana ia adalah ujian   Allah SWT untuk mendapat ganjaran pahala terbaik bagi anda yang berjaya melaluinya.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah yang harus dilakukan dalam situasi di mana sebelah pihak mengajak anda bergaduh atau ketika menghadapi situasi tenang yang ditafsirkan sebagai penyerahan? Hadis ini menasihati kita untuk tetap tenang walau apa pun keadaannya dan membiarkan Allah SWT yang menguruskan pihak tersebut.

Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.”

(Hadis riwayat Imam at-Tirmidzi, 2032 dalam Sunan-nya)