Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Mengenali masyarakat Bugis di Malaysia 

Asia 16 Jan 2021
Pilihan oleh Zalika Adam
Muzium Bugis di Pontian, Johor
Muzium Bugis di Pontian, Johor © BY-SA 4.0, Link

Masyarakat Bugis berasal daripada kepulauan Sulawesi, Indonesia. Sehingga kini, populasi penduduknya mencecah 3 juta.  Rentetan daripada penaklukan Belanda pada kurun ke-7, sebahagian daripada penduduk berpindah ke kawasan lain seperti di Sumatera, Kalimantan, Jawa dan Tanah Melayu.

Mereka merupakan pedagang rempah ratus dan kemenyan. Kedatangan mereka ke Semenanjung Tanah Melayu bermula pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Mengenali masyarakat Bugis di Malaysia 

Pada abad ke 17 sahaja, penempatan mereka sudah ada di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Johor dan Selangor. Penghijrahan besar-besaran mereka berlaku pada Zaman Kolonal Inggeris iaitu suku akhir abad ke-19.

Antara mukim-mukim yang terkenal diduduki oleh masyarakat Bugis di Johor ialah Benut, Sungai Karang, Serkat, Air Masin Sungai Kluang dan sebagainya. Kampung Parit Makkuaseng ialah sebuah kampung di mukim Benut, Pontian merupakan majoriti penduduknya (90%) adalah masyarakat Bugis.

Manakala Kampung Lepau di Pengerang, 100% penduduknya adalah masyarakat Bugis. Maka, sejak kedatangan mereka ke Semenanjung Tanah Melayu terutama Johor, menjadikan nama suku mereka terkenal dalam sejarah tempatan.

Perebutan kuasa dan berhijrah ke Tanah Melayu 

Masyarakat Bugis lebih menonjol daripada masyarakat etnik yang lain. Mereka juga adalah penganut agama Islam. Pengislaman mereka bermula apabila Sheikh Abdul Makmur iaitu seorang ulama Minangkabau datang kepada mereka untuk berdakwah.

Pada pertengahan abad ke-16, berlakunya perebutan kuasa antara dua buah wilayah iaitu Gowa (Makassar) dan Bone. Kekalahan kerajaan Bone menyebabkan campurtangan Belanda dan kejatuhan kerajaaan Bugis Makassar.

Lantas, seorang putera kerajaan Bone meminta bantuan Belanda bagi menjatuhkan kerajaan Bugis Makassar.  Kejatuhan kerajaan ini menyebabkan ramai pembesar dan putera-putera Bugis Makassar berhijrah ke Tanah Melayu seperti Johor dan Selangor.

Pekerjaan masyarakat Bugis

  • Masyarakat Bugis juga amat terkenal dalam bidang maritim dan bidang ekonomi di Kepulauan Melayu
  • Selain itu, mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun (pesaing Belanda dan Inggeris) dan pedagang yang berjaya
  • Pusat tumpuan utama masyarakat Bugis dalam kebudayaan dan ekonomi adalah di Ujung Pandang, Makassar
  • Masyarakat Bugis suka merantau untuk mencari kehidupan dan penempatan baharu
  • Peneroka hutan dan pembina penempatan luar bandar merupakan antara aspek yang membentuk persejarahan di Johor

Adat budaya Bugis

  • Pakaian tradisional Bugis yang terkenal di Sulawesi Selatan dan bertapak di Timur Sabah ialah ‘Budo’. Pakaian ini diperbuat daripada kain Muslin yang ditenun.
  • Antara makanan tradisional terkenal Bugis ialah ‘Buras’ atau ‘Burasak’ dikukus bersama santan dan dibaluti dengan daun pisang atau nipah. ‘Sanggar Pappek’ (Pisang Lenyek), pencuci mulut waktu pagi atau petang dan ‘Sanggar Belanda’ iaitu Pisang Goreng yang menggunakan marjerin dan keju.

Oleh itu, tidak hairanlah ramai di kalangan penduduk Malaysia berasal dari keturunan Bugis. Ada antara mereka yang berkahwin dengan penduduk tempatan sehingga melahirkan generasi berketurunan Bugis.

Maka, bermulalah percampuran dan perkembangan adat dan budaya masyarakat tempatan dan masyarakat Bugis.