Mengenali Pontianak dari Aston Pontianak Hotel & Convention Center

Pemikiran sesetengah orang tentang hotel dan tempat penginapan biasanya sama sahaja. Secara amnya, semua beranggapan hotel pasti bilik tidur, bilik mandi dan tempat makan. Itu sahaja. Namun ramai yang lupa bahawa kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh beberapa hotel tertentu berbeza mengikut keadaan, tempat dan keperluan.

Begitulah kesnya bagi salah sebuah hotel paling dikenali di Pontianak yang mempunyai ciri uniknya tersendiri iaitu Aston Pontianak Hotel & Convention Centre. Hotel ini mempunyai lokasi penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang ke Pontianak untuk tujuan kerja dan perniagaan.

Dari segi lokasi, hotel ini sangat strategik kerana jaraknya tidak terlalu jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio Pontianak dan terletak di kawasan pusat kota. Lebih menarik lagi, kawasan membeli-belah dan beraneka tempat makan juga tidak jauh dari sini.

Menampilkan 155 buah bilik yang serba moden dan ruangan khas untuk acara-acara tertentu, kesemua bilik mempunyai sambungan internet wi-fi percuma serta kelengkapan terkini seperti televisyen berlayar leper dan macam-macam lagi.

Soal menjamu selera pula terdapat Majesty Coffee Shop yang terkenal dengan aneka sajian antarabangsa serta hidangan tempatan khas. Namun Restoran Makanan Cina iaitu Dynasy merupakan salah satu tarikan utama di sini. Lebih menarik lagi, kesemua hidangan di dalam menu mereka adalah halal. Selain masakan ‘steamboat’ yang sangat menyelerakan, jangan lupa mencuba masakan lain seperti Bak Pao Aston dan aneka hidangan itik mereka.

Hotel ini juga dilengkapi dengan sebuah kolam renang, sebuah spa, gimnasium dan beberapa bilik serbaguna. Tambahan lagi, dewan besar mereka adalah yang paling gah dan luas di kota Pontianak untuk penganjuran majlis dan mesyuarat atau seminar.

 

Tetamu yang pertama kali sampai ke Pontianak bolehlah menjelajah kota ini dari hotel dan bersiar-siar sekitar kawasan yang sering dikunjungi oleh para pelancong seperti Tugu Khatulistiwa, Dataran atau Taman Alun-Alun Kapuas, Rumah tradisional Radakng dan macam-macam lagi.

 

Jadi, sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Aston Pontianak Hotel & Convention Center kerana ia benar-benar keselesaan yang mudah dikecapi!