Menggunakan sejadah ketika solat

Agama Zalika Adam 01-Sep-2020
dreamstime_s_145145552
Menggunakan sejadah ketika solat © motortion | Dreamstime.com

Solat dari segi bahasa ialah ‘berdoa atau memohon kebajikan dan pujian’. Dari segi Istilah syarak diertikan sebagai beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ia dilakukan dengan keadaan beribadat kepada Allah SWT mengikut apa yang telah ditentukan.

Solat merupakan satu kewajipan bagi setiap Muslim. Terdapat banyak cara untuk menjadikan solat kita khusyuk dan diterima antaranya ialah memahami setiap ayat yang dibacakan dalam solat dan memandang ke arah tempat sujud.

Kewajipan solat banyak disebutkan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang maksudnya: “Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji.” (Surah Al-Ankabut, ayat 45)

Rasulullah SAW bersabda dari Abu Zar r.a: “Jika salah seorang daripada kamu berdiri untuk solat, hendaklah ia meletakkan sutrah (penghadang) jika dia mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan penghalang dihadapannya.  Jika dia tidak mempunyai sesuatu yang boleh menghalangnya untuk diletakkan dihadapannya, maka solatnya tidak sah jika seekor keldai atau seorang wanita atau seekor anjing hitam melintas di hadapannya”.

Aku (Abdullah) bertanya: “Wahai Abu Zar, apakah perbezaan di antara seekor anjing hitam, merah dan kuning? Beliau menjawab: Wahai anak saudaku, aku sudah bertanya kepada Nabi s.a.w solan yang sama, dan baginda menjawab bahawa anjing hitam adalah syaitan.” (Hadis riwayat Muslim)

Terdapat hadis yang menceritakan solat tanpa sejadah, namun untuk menjadikan solat kita sempurna dan menghindarkan dari kekotoran, maka kita diharuskan menggunakan sejadah untuk solat. Walau bagaimanapun, larangan solat pada dua tempat iaitu di atas perkuburan dan tandas.

Sabda Rasulullah SAW: “Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapa pun sebelum aku. (antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, di mana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat.” (HR al-Bukhari)

Keistimewaan menggunakan sejadah:

  • Dapat mengelakkan komunikasi dan percakapan
  • Kita digalakkan menggunakan sejadah agar dapat memfokuskan solat
  • Orang di sekitar dapat mengetahui yang kita sedang mengerjakan solat
  • Mengelakkan daripada solat di tempat yang kotor
  • Tidak melintasi orang yang sedang solat
  • Memudahkan kekhusyukan ketika solat

Justeru, kita mempunyai pilihan untuk menggunakan sejadah atau pun tidak. Jika kita inginkan kemuliaan dan menjaga warak, maka sebaik-baiknya kita menggunakan sejadah ketika solat.