Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Menghormati privasi orang lain

Masyarakat 19 Jan 2021
Hanita Hassan
Menghormati privasi orang lain
Menghormati privasi orang lain © Rangpl | Dreamstime.com

Hak untuk mendapat privasi menurut Islam merupakan hak asasi manusia. Pengertian ini merangkumi berbagai permasalahan bermula daripada Undang-Undang Perlindungan Data dan berakhir dengan perlindungan terhadap paparazi.

Pekara ini sangat mustahak dan telah dinyatakan dalam al-Quran.

Menghormati privasi orang lain

Al-Quran, surah al-Hujuraat, ayat 12 menyatakan:

“…Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain…”

Allah SWT juga berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“…Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya…”

(Surah an-Nuur, ayat 27)

Ia bukan sahaja dapat difahami secara langsung tetapi dalam pengertian yang lebih luas – jangan menceroboh privasi orang lain. Ini bermaksud, sebarang kesalahan menceroboh perlu disabitkan. Sekiranya tidak, ia bertentangan dengan hukum Allah SWT.

Apabila nilai ini diterapkan dalam kehidupan sosial, prinsip ini membangkitkan tentang keperluan untuk ‘tanggungjawab moral’ terhadap anggota masyarakat. Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat menularkan gambar orang lain tanpa persetujuan adalah cara yang paling tidak dapat diterima.

Tanpa mempedulikan perasaan anda, ‘jurugambar’ seperti itu sewenangnya mengumpulkan gambar anda di jalanan. Gambar diambil secara dekat, atau gambar anda dirakam dari berbagai sudut.

Jurugambar turut menghalang jalan anda dan menghalang kaki anda seolah-olah anda adalah objek yang tidak bernyawa, atau tiada jiwa dan perasaan untuk diperlakukan sedemikian. Dan perkara yang lebih teruk lagi ialah orang di sekeliling anda hanya berdiam dan memerhati.

Tugas moral sebagai orang Muslim

Untuk mengetahui lebih lanjut, kita boleh memetik contoh yang ditulis oleh orientalis barat, Michael Cook, yang mengkaji Islam dan menulis sebuah karya besar yang berjudul Ajaran dan Larangan dalam Pemikiran Islam.

Seperti yang dinyatakan dalam pendahuluannya, tujuan sebenar Cook menulis buku ini adalah disebabkan insiden yang dilaporkan di New York Times. Ia mengenai seorang wanita yang dirogol di sebuah stesen kereta api di Chicago di hadapan beberapa orang pada malam Khamis, 22 September 1988.

Apa yang memotivasikan Cook menulis mengenai kejadian rogol ini? Ia kerana tidak ada seorang pun yang menghulurkan tangan memberi bantuan kepada wanita itu atau mempedulikan panggilannya untuk meminta pertolongan, walaupun kejadian itu berlaku pada waktu yang sibuk!

Dalam bukunya, Michael Cook meneliti respon Undang-undang Syariah terhadap situasi ini. Beliau menyatakan bahawa tidak sama seperti ‘kewajiban institusi’ (Hisbah) dalam menghalang kejahatan, terdapat pesanan yang jauh lebih menarik dalam Islam yang menggunakan ‘tugas moral’ setiap individu sebagai penjaga kepada peraturan ini.

Pergantungan pada Hisbah adalah ‘keadilan tertangguh’ dan tidak memiliki nilai yang sama di mata Allah SWT dengan menghentikan pencerobohan privasi. Daripada mempertahan dan menyuraikan pemerkosaan, menghamburkan paparazi seperti yang anda perhatikan mengepung seseorang di jalan.

Ini adalah bagaimana kesucian privasi harus difahami. Inilah cara Islam menetapkan agar mereka memahaminya. Tugas moral anda sebagai Muslim adalah menghormati privasi orang lain. Tetapi selain daripada itu, tugas moral anda juga adalah membuat orang lain menghormati privasinya sendiri.

Untuk menegakkan rasa hormat ini adalah dengan membela diri anda dan orang lain apabila melihat pelanggaran tersebut berlaku. Inilah pesanan Allah SWT kepada kita.