Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya
Pendapat 07-Mac-2020

Mengikuti Jejak Langkah Rasullulah (SAW)

Muhammad Nassar
Taufiq Sugeng
Kolumnis

Umat Islam di seluruh dunia dibebani dengan pelbagai bentuk penindasan.samada sekatan agama, pemerintah yang korup atau aparatus kekejaman. Kian ramai Muslim berarak di jalan-jalan raya membantah dan menuntut keadilan.

Ini bukanlah femonena yang baru. Revolusi terkenal Arab Spring yang bermula pada awal tahun 2010 merupakan contoh yang ketara dalam sejarah bantahan umat Islam terhadap regim dan kuncu-kuncunya yang menindas. Bahkan bantahan terhadap undang-undang kerakyatan India yang baru, dan pergerakan Palestin untuk mendapat kemerdekaan dari regim Israel terbit dari sejarah bantahan umat Islam terhadap ketidakadilan.

Malah boleh dikatakan tradisi bantahan ini bermula dari Rasullulah (SAW) sendiri.

Sebelum kedatangan Islam, padang pasir di merata tanah Arab didiami oleh pelbagai kabilah. Nabi Muhammad (SAW) dilahirkan dalam sebuah kabilah yang bernama Quraysh. Kaum Quraysh memerintah Makkah dan dengan itu menguasai perdagangan terutama di musim perayaan. Sebelum kedatangan Islam, ramai jemaah membuat perjalanan ke Makkah. Kaum Quraysh begitu gigih untuk menambah harta sebanyak mungkin. Ada persamaan dalam konteks hari ini?

Masyarakat yang dibina oleh kaum Quraysh, dan kawasan sekeliling yang mereka diami penuh dengan perbalahan. Timbul pula jurang yang kian meningkat antara yang kaya dan yang miskin, bertambah dengan pesat jumlah hamba abdi, dan peperangan yang kerap meletus antara puak puak yang mahu merebut kekuasaan politik and ekonomi.

Rasulullah (SAW) menamakan zaman ini sebagai zaman jahiliyah, zaman yang penuh dengan kesesatan.

Islam lahir dalam situasi ini. Ramai pengikut awal Rasullulah (SAW) merupakan golongan yang diketepikan dan miskin: bekas hamba abdi, pengemis, dan mereka yang terlepas dari siksaan. Rasullulah (SAW) mengajar pembentukkan masyarakat yang adil, dengan menekankan kita semua sama di sisi Allah. Antara perkara pertama yang diharamkan oleh Islam adalah riba, perbuatan mengenakan faedah yang terlalu tinggi dalam pinjaman wang. Ini sering digunakan ketika menjual beli hamba.

Penyebaran Islam membawa kedamaian antara kabilah-kabilah di rantau ini. Ia merupakan revolusi dalam arena politik kaum Arab, pengalihan yang radikal, dari kabilah kepada konsep ‘Ummah”.

Rasullulah (SAW) melalui pelbagai rintangan yang hebat dalam perjuangannya. Beliau dibenci dan sering berdepan dengan keganasan dari ahli-ahli kabilahnya sendiri yang menolak mesej beliau.

Kisah zaman jahiliyah ini mungkin sudah kita ketahui. Perebutan harta dan peperangan tetap wujud dalam abad ke 21 yang dikuasai oleh sistem kapitalisme. Sering kali kita membaca berita tentang letupan bom, dan sengketa ketenteraan, dan jurang yang semakin luas antara yang kaya dan miskin. Berita hari ini dipenuhi dengan masalah yang kita anggap sebagai satu kebiasaan.

Pergerakan bantahan umat Islam hari ini sering disifatkan sebagai keganasan. Perjuangan kaum Kurdi dan bangsa Palestin untuk mendapat kewarganegaraan kerap menghadapi keganasan dari Turki dan Israel. Malangnya ini sering dilaporkan di media sebagai tindakan keganasan. Malah ada sekelompok umat Islam yang menyokong pandangan ini

Hakikatnya, tidak salah kita sebagai Muslim memperjuangkan dan membantah apa jua keganasan dan penindasan,. KIta seharusnya menyokong umat Islam di seluruh dunia, tidak kira di Palestin, India atau di mana sahaja saudara kita mengalami penindasan.

Kita wajar memberi sokongan kepada perjuangan ini kerana mereka meneruskan tradisi lama membantah salahguna kuasa dalam Islam yang di pelopori oeh Rasullulah (SAW) sendiri.

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Related articles
Pendapat
Pendapat 08-Mac-2020
Muhammad Nassar
Taufiq Sugeng
Kolumnis

Semenjak Donald Trump muncul untuk bertanding dalam pilihanraya, pendapat umum adalah beliau merupakan kelainan dan perubahan arah tuju. Selepas memilih President kulit hitam yang pertama, golongan liberal berharap akan terpilih pula pemimpin wanita.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 14-Mac-2020
Nor Fadhil
Kolumnis

Islamophobia merupakan salah satu bentuk perkauman dan orang Islam adalah kumpulan sebuah kaum sama seperti kumpulan keugamaan dan kumpulan politik. Umat Islam sering dianggap kelompok monolitik. Mereka dianggap tidak peka pada pertimbangan yang rasional dan logik, dan bersifat ganas. Kehidupan mereka dikatakan tidak sesuai dengan cara kehidupan Barat. Atas sebab inilah orang kulit putih yang memeluk Islam dan dibesarkan di Britain disuruh pulang ke negara asal mereka, kerana menurut pandangan orang luar, Islam dan berkulit putih adalah konsep yang bercanggah.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 09-Mac-2020
Grigory-Matyunin
Grigory Matyunin
Kolumnis

Tidak seperti pemerintah kuku besi dan parti politik pinggiran, buku-buku ini jarang membuat cerita dongeng, walaupun ini pernah terjadi. Namum, kesannya tetap menimbulkan bahaya. Mereka menggunakan kepalsuan dan taktik menidakkan apa yang berlaku dalam sejarah dengan memilih dan membesarkan fakta yang palsu, tanpa mempedulikan  pandangan yang bertentangan. Mereka langsung tidak memeriksa fakta.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 09-Mac-2020
Muhammad Nassar
Muhammad Nassar
Kolumnis

Politik sebenarnya adalah sebuah proses dalam hal pembentukan dan juga untuk proses pembagian kekuasaan dalam lingkungan masyarakat.

Teruskan Teruskan