Pendapat 24-Mei-2020

Mengimbau kejayaan Syawal dan realiti kini

Hanita Hassan
Kolumnis
Kebiasaan bergambar di Aidilfitri © MOHD AZAMI SARJU | Dreamstime.com

Syawal adalah detik kegembiraan bagi kita yang telah melalui madrasah Ramadan selama sebulan, menahan nafsu lapar dan dahaga.  Syawal ialah detik kemenangan bagi mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.

Meskipun jauh di lubuk hati sebak kerana meninggalkan Ramadan yang penuh dengan ladang pahala, namun itulah putaran kehidupan.  Kita  perlu akur dan melaluinya dengan tenang. Kita berdoa dan berharap agar dapat bertemu kembali Ramadan tahun hadapan. Insya-Allah.

Apakah yang lebih girang bagi kita yang bakal menyambut Aidlfitri selain dapat bertemu kaum keluarga.  Ibu bapa bertemu anak-anak dan cucu cicit.  Adik-beradik melepas rindu yang lama tidak bersua.  Anak saudara bertemu ibu dan bapa saudara.

Suasana ini yang ditunggu-tunggu terutama pada pagi hari raya.  Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, kita menziarahi rumah sanak saudara dan jiran tetangga sebagai menyatakan kesyukuran dan saling bermaafan sekiranya melakukan kesilapan.

Setelah itu, kita pulang ke rumah dan menjamah hidangan di pagi raya bersama keluarga dengan hidangan yang telah disediakan pada malam raya. Waktu makan, masa untuk bergurau senda dan menikmati keenakan juadah ketupat, rendang, lemang dan aneka kuih muih tradisional yang hanya dijumpai waktu hari raya.

Dodol, wajik, bahulu dan banyak lagi termasuk kek, biskut raya lama dan moden yang semuanya sungguh enak dinikmati. Bagi perantau yang tidak dapat merentas negeri berhari raya di kampung, lagu malar segar Allahyarham P. Ramlee berjudul ‘Dendang Perantau’ boleh menjadi teman mengubat kerinduan dan hati yang duka lara.

Kita terpaksa akur dengan arahan kerajaan supaya tidak keluar negeri sendiri jika kampung halaman di negeri lain. Bagi yang boleh, kebenaran hanya di hari pertama. Sebagai manusia biasa, kita tidak mungkin dapat mengawal perasaan terutamanya bila bertemu mak dan ayah serta adik-beradik.  Kita pasti hendak bersalaman dan berpelukan tanda kasih sayang – peluang setahun sekali untuk bermaafan.

Mungkin inilah hikmah di sebalik pandemik COVID-19.  Kita diminta bersabar supaya wabak yang sedang melanda ini tidak disebarkan sewaktu berhari raya.  Ini sekali gus menjadikan tahun 2020 titik sejarah yang akan dikenang seumur hidup.  Sesungguhnya inilah hakikat kehidupan yang tidak sunyi dalam menghadapi ujian Allah SWT.  Walaupun perit, kita perlu kuat menghadapinya jua.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.  Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.”  (Surah Al-Baqarah, 216)

Dalam kita bergembira di hari raya, kita juga mendoakan para petugas di barisan hadapan agar sentiasa dalam jagaan Allah SWT, diberi kekuatan mengharungi saat sukar ini yang di dalamnya terkandung begitu banyak ladang pahala tanpa kita sedar.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Artikel berkaitan
Pendapat
Pendapat 15-Mei-2020
Hanita Hassan
Kolumnis

Realitinya, karya sastera juga memainkan peranan tersendiri dalam memberi pengajaran sejarah melalui lakaran karya-karya kreatif karangan mereka. Karya besar seperti ini lahir sebagai ekspresi penulis tentang keadaan masyarakat atas sifat tanggungjawab sosial bagi membantu meleraikan kekusutan mereka yang ditindas.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 08-Mei-2020
Hanita Hassan
Kolumnis

Gerak kerja dakwah melalui tekno daie dan dakwah siber boleh membantu penyampaian mesej dakwah secara berkesan.  Hari ini, dakwah tidak hanya terhad kepada seruan secara lisan tetapi juga perlu menggunakan media baharu asal sahaja ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 04-Mei-2020
Hanita Hassan
Kolumnis

Kemenangan umat Islam adalah isyarat Allah SWT kepada Nabi SAW untuk meneruskan dakwah Islam. Sirah perjuangan para sahabat berperang mempertahan agama dalam keadaan berpuasa dengan kelengkapan persenjataan yang kurang dalam bulan Ramadan perlu dikisahkan kepada generasi muda.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 28-Apr-2020
Hanita Hassan
Kolumnis

Apapun, Ramadan kali ini adalah saat terbaik untuk refleksi jiwa dan merenung ke dalam diri sendiri. Kalau dahulu anda hanyalah makmum ketika bertarawih, tetapi jika anda seorang ketua keluarga, anda akan menjadi imam mengetuai solat fardu dan tarawih sejak malam pertama hinggalah Ramadan terakhir.

Teruskan Teruskan