Menjamu Selera Dalam Suasana Mewah di The Cafe di Hotel Mulia Senayan, Jakarta

Jakarta memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai salah satu destinasi percutian yang popular.

Ia juga mempunyai banyak hotel dan restoran yang menarik. Namun yang tampil gah sebagai salah satu restoran hotel dengan pilihan sajian terhebat adalah The Cafe, sebuah restoran yang terletak di Hotel Mulia Senayan di Jakarta.

Dibuka 24 jam , restoran ini membawa tema makanan dari seluruh dunia selain sajian khas Indonesia sendiri. Ini termausklah aneka hidangan tradisional untuk tamunya. Malah kesemua daging yang digunakan adalah halal dan ini memudahkan tamu Muslim yang berkunjung untuk menikmati santapan.

 

Daripada daging hinggalah makanan laut seperti ikan, udang dan ketam, semuanya ada dalam aneka cara masakan seperti rebus, goreng, bakar dan lain-lain.

Harus dicuba adalah sajian Indonesia mereka seperti Kambing Guling, aneka pilihan nasi seperti Nasi Padang, Nasi Tongkol, Nasi Nusantara dan macam-macam lagi.

Tidak dilupakan juga adalah ajnas pencuci mulut moden dan tradisional yang sememangnya terkenal di kalangan pelancong. Ini termasuk aiskrim, kek dan pelbagai kuih tradisional Indonesia.

Istimewa juga terdapat ruangan khas untuk kanak-kanak bermain iaitu Kids Corner di mana tersedia ruang mainan khas dan juga buffet istimewa buat kanak-kanak.

Jadi kalau ke Jakarta, pastikan anda singgah di The Cafe di Hotel Mulia Senayan di Jakarta untuk mencuba pelbagai hidangan lazat yang disediakan di sini.