Menteri Hal Ehwal Ekonomi pertahan isu dividen rendah Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Uncategorized MAS 20-Dis-2019

Mohamed Azmin Ali tampil membela Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dikritik hebat selepas pengumuman dividen terendah ASB sejak 1999. Beliau menegaskan pengurusan PNB mewarisi isu tadbir urus, legasi daripada pengurusan sebelumnya.

Dalam keadaan ekonomi yang kurang menggalakkan dan pasaran saham yang tidak menentu, prestasi PNB boleh dianggap memuaskan.

Kadar dividen rendah juga disebabkan agihan pendapatan berjumlah RM9 bilion kepada lebih 10 juta pelabur. Dalam situasi kini, PNB akan memastikan pelabur menerima pulangan lebih baik untuk tahun akan datang.

Beliau mengulas kritikan atas prestasi buruk PNB ketika ditemui pemberita di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.