Mercure Jakarta Cikini Pilihan Dato’ Siti Nurhaliza

http://www.accorhotels.com/A1K6

Destinasi percutian popular Jakarta, biarpun sentiasa sesak dan dihantui dengan kesesakan yang kritikal, namun kota ini tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli-belah.

Mencari lokasi penginapan atau hotel yang ideal memang tidak susah kerana kota yang dihuni hampir 11 juta penduduk ini menawarkan pelbagai kelas penginapan untuk persinggahan. Terpulang kepada bajet dan keperluan kunjungan anda.

Salah satu hotel yang boleh dipertimbangkan adalah Mercure Jakarta Cikini yang terletak di 66, Jalan Cikini Raya, Menteng. 

Biarpun ia merupakan hotel kelas perniagaan yang terletak berhampiran pusat pertadbiran Jakarta, namun hotel ini juga ideal untuk tetamu yang hanya ingin bercuti dan membeli-belah.

Lokasinya cukup strategik. Pusat membeli-belah Thamrin City dan pusat tekstil Tanah Abang terletak lebih kurang 7 kilometer sahaja dari hotel.

Sementara Jalan Sabang yang menjadi tumpuan untuk menjamu selera, hanya 2.7 kilometer jaraknya.

Satu fakta menarik yang anda mesti tahu adalah hotel yang menawarkan 197 buah bilik ini pernah menjadi persinggahan Dato’ Siti Nurhaliza.

Siti menginap di Deluxe Suite yang turut memiliki ruang tamu dan juga dapur mini untuk keselesaan tetamu.

Lain-lain jenis bilik yang ditawarkan adalah Superior Room, Privilege Room dan Deluxe Room. Setiap bilik tampil dengan dekorasi moden serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan tetamu. 

Paling penting, kemudahan Wifi boleh diakses di seluruh kawasan hotel. Ini bermakna anda tidak akan terputus hubungan dengan rakan-rakan di media sosial. Bolehlah berkongsi gambar-gambar percutian untuk tatapan pengikut-pengikut, rakan-rakan serta kenalan. 

Bagi yang datang ke Jakarta atas urusan perniagaan, mungkin anda memerlukan bilik mesyuarat untuk mengadakan perbincangan bersama pelanggan berpotensi mahupun rakan-rakan sekerja yang turut serta.

Jadi bolehlah gunakan kemudahan yang turut tersedia di sini. Terdapat lima buah bilik mesyuarat yang boleh ditempah pada harga berpatutan. Selain itu, ada juga pakej-pakej persidangan yang boleh diambil.

 

D’Kafe Restaurant Hidang Makanan Indonesia Menyelerakan

Menjamu selera di hotel mungkin bukan pilihan bagi sesetengah orang. Ini kerana ada yang kurang yakin dengan kualiti hidangan, terutamanya yang melibatkan makanan tradisional sesuatu tempat.

Bagaimanapun, D’Kafe Restaurant, Mercure Jakarta Cikini punya cerita berbeza. Hidangan makanan Indonesia di sini enak-enak dan berbaloi untuk dinikmati.

Antara menu yang boleh anda cuba adalah Tauhu Isi Ranjau, Gado-Gado, Sup Bontot, Nasi Goreng Tek Tek, Soto Ayam dan banyak lagi.

Harga makanan juga tidak terlalu mahal. Jadi kalau sudah kepenatan setelah seharian membeli-belah atau bermesyuarat, tak perlu susah-susah keluar mencari makanan. 

Sebaliknya jamu selera di sini sambil bersantai dan akhiri malam malam anda dengan secawan kopi atau hidangan pemanis mulut.

 

5 Fakta Tentang Mercure Jakarta Cikini

  1. Mendapat rating 8.3 (cemerlang) di platform www.agoda.com 
  2. Kolam renang terletak di Roof Top, bersebelahan De’ Langit Pool Bar boleh ditempah untuk mengadakan private party.
  3. Stesen Keretapi Gambir hanya terletak 3.9 kilometer dari hotel.
  4. Planetarium dan Observatorium dan Taman Ismail Marzuki XXI antara tarikan yang mesti dikunjungi jika menginap di sini.
  5. Layanan room service dan housekeeping sangat memuaskan. Tidak perlu menunggu lama daripada petugas hotel. 

 

Kredit foto : Mercure Jakarta Cikini & Rahayu Mat Nah

Terima kasih kepada Bridge & Broadly Resources atas undangan kolaborasi.