Mercure Tokyo Ginza Paduan Elemen Moden dan Sejarah

Daerah Ginza di Jepun terkenal dengan pusat membeli-belah yang menampilkan jenama fesyen antarabangsa, restoran mewah, dan pub-pub Jepun yang dikenali sebagai Izakaya.

Jika melalui jalan-jalan di Ginza, anda boleh melihat orang tempatan yang melalui kawasan ini tampil trendy dengan gaya fesyen terkini.

Biarpun Ginza digelar sebagai kawasan perdagangan serta perbelanjaan yang paling ramai dan berkelas di Tokyo, tetapi tidak bermakna daerah ini patut dipandang sepi oleh pelancong atau pengembara. Masih ada budaya dan ciri-ciri tradisional yang bertapak di sini.

Jika merancang ke Tokyo dalam sedikit masa, cubalah curi masa sehari dua untuk menikmati suasana dan tarikan yang ada di Ginza. Jika mahu mencari lokasi penginapan, boleh cuba bermalam di Mercure Tokyo Ginza.

Terletak di tengah-tengah Ginza, Mercure Tokyo Ginza merupakan lokasi penginapan yang sangat ideal untuk meneroka Tokyo. Lokasinya yang strategik memastikan tetamu boleh mengakses  tempat-tempat menarik dengan mudah dan cepat.

Antara tarikan yang terletak berdekatan ialah Galeri Leica, Matsuya Ginza Department Store, Galeri Koyanagi, Menara Tokyo, Tsukiji Market, Odaiba dan Asakusa Shrine.

Hotel bertaraf empat bintang ini biarpun tampil dengan ciri-ciri moden, namun ia turut menampilkan elemen-elemen sejarah penubuhan Ginza.

Di tingkat bawah hotel, berhampiran lif menuju ke lobi misalnya, anda akan menemui himpunan duit syiling perak yang menjadi simbol kepada Ginza yang dahulunya terkenal sebagai pusat perlombongan perak.

Dekorasi ruang lobi juga sangat menarik perhatian. Dengan susun atur moden kontemporari, sudut ini punya ciri-ciri mesra Instagram, rugi jika lepaskan peluang bergambar di sini.

Tentang layanan petugas hotel, ia tidak perlu dirisaukan kerana kehadiran anda akan disambut dengan penuh mesra. Bahkan, urusan daftar masuk juga sangat singkat. Tiada isu bahasa di sini kerana petugas-petugas hotel  mampu berbahasa Inggeris dengan baik.

Mercure Tokyo Ginza menawarkan perkhidmatan yang sempurna serta menyediakan semua kemudahan penting untuk menceriakan tetamu.

Menjenguk ke bilik-bilik, Mercure Tokyo Ginza menampilkan dekorasi menyerlah, moden serta menyelitkan rekaan yang diinspirasikan daripada kisah-kisah tersembunyi daerah Ginza.

Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen skrin rata, internet wayarles, penyaman udara, tab mandi dan pelbagai kelengkapan lain untuk memudahkan tetamu berehat dan kembali bertenaga.

Terdapat 208 buah bilik non-smoking yang terdiri daripada Standard Rooms, Superior Rooms, Deluxe Rooms dan Privilege Rooms yang boleh ditempah.

Untuk maklumat lanjut tentang Mercure Tokyo Ginza, boleh layari http://www.mercureginza.jp/ja/

Kredit foto : Japan National Tourism Organization & Mercure Tokyo Ginza