Michael Ang Mengakui Sudah Memeluk Islam Setahun Lalu

Seni Helmi Anuar 02-Mei-2019

Pengarah terkenal Michael Ang telah membuat pengakuan bahawa dia telah memeluk Islam setahun yang lalu. Beliau membuat pengakuan itu di dalam sebuah video yang dimuatnaik di saluran YouTube.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim dan sudah bersedia untuk memberitahu semua tentang perkara ini. Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, rasanya lebih baik saya berterus-terang daripada apabila orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini”, jelas Michael di dalam video berkenaan.

Tambah Michael lagi dia tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan kerana ini adalah urusannya dengan Allah SWT. Michael turut memohon agar semua mendoakannya kekal di jalan ini dan sedia menerima tunjuk ajar sebagai seorang saudara baru.

Tahniah SalamToday ucapkan kepada Michael. Semoga kita sama-sama istiqomah ke jalan Allah dan semoga hidup kita akan sentiasa diberkati dan dirahmati hingga ke Jannah.

  • Sumber : Video Official Ria X di Saluran Youtube
  • Foto : Instagram Michael Ang