Miliki Telefon Pintar Oppo Edisi Khas Avengers: Endgame

Suka Nor Syariza Tahir 16-Apr-2019

Bagi para peminat francais filem komik superhero terkenal, Marvel, ada berita baik untuk anda!

Kini anda boleh menambah koleksi barangan bertemakan watak-watak daripada komik Marvel dengan cara membeli telefon pintar Oppo!

Ini kerana jenama telefon pintar popular itu akan melancarkan edisi khas bagi model ‘OPPO F11 Pro’ dengan kerjasama filem terbaharu Marvel Studio, Avengers: Endgame pada 24 April ini.

Digelar ‘OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition’, ia sememangnya diinspirasikan daripada filem superhero yang akan menemui para peminatnya di pawagam-pawagam tanah air pada hujung April ini.

 

Selain daripada reka bentuknya yang nipis dan penstoran yang dipertingkatkan, ‘OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition’ merangkumi spesifikasi penuh model ‘OPPO F11 Pro’.

Antara ciri utama edisi khas Marvel itu adalah teknologi kamera inovatif terkini yang mampu merakam imej meskipun dalam keadaan kekurangan cahaya.

Begitulah sepatutnya bagaimana peranti seorang superhero harus befungsi, bukan!

Ciri kamera ini dipertingkatkan lagi dengan pelbagai fungsi lain termasuk kamera dengan 48 megapiksel, mod Ultra Clear Night, skrin panorama, VOOC 3.0 dan teknologi HyperBoost.

Kesemua ciri tersebut akan membuatkan foto pemiliknya kelihatan bersinar dan menyerlah, sama seperti seorang superhero sebenar.

Jadi, bagi yang sudah tidak sabar untuk memiliki ‘OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition’, nantikan pengumuman harga yang akan dibuat pada hari pelancarannya.

 

Foto: Kenyataan akhbar Oppo