Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2019 Bermula Hari Ini

Acara yang paling ditunggu-tunggu oleh kelompok fesyen tanah air iaitu Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Fashion week (KLFW) bermula hari ini untuk tahun 2019.

Bakal berlangsung selama lima hari di pusat beli belah terkemuka negara Pavilion, KLFW bakal menjadi medan untuk pereka-pereka fesyen tempatan mempamerkan idea serta kreativiti mereka  di atas pentas.

 

Tahun ini turut diadakan pencarian bakat-bakat baru untuk pentas peragaan di mana wajah-wajah baru ini akan di ketengahkan di atas pentas KLFW sebagai model ‘catwalk’.

 

View this post on Instagram

The Kuala Lumpur Fashion Week 2019 casted over 700 contestants with our Official SmartPhone partner @huaweimobilemy NOVA’s Roadshow last June 23rd. Today, we would like to congratulate the KLFW SELECTED models chosen to participate in #KLFW 2019. We can’t wait to see them on the runway and we bet neither can you! @saroopdeep_roshi @bae.trisyia @mikhaela.maria @josephineyzq @makeupbyrinna @jiasin_thean @estee_teo @rebecca.idcsaid @aww_getman @victoriapanzan @ca_belle @r.a.s.h.m.i.t.a @itsprince7 @aley_mana @akinola_isa @aisar_khaledd @xdiq @afeqveins @azimyusof_ @ash_vinders @amirulfahd @daengsyahadat @carlos_chunn @hvdri @notjoeee @_imranlee @kk_double_k @zulaikanatasha_ @your_morning_sun #klfw #nova #WeAreNova #huawei #malaysia

A post shared by KUALA LUMPUR FASHION WEEK RTW (@klfashionweek) on

Antara pereka serta jenama tempatan yang akan mementaskan koleksi mereka pada KLFW tahun ini ialah Rizman Ruzaini, Jovian Mandagie, Fizi Woo, Syomir Izwa Gupta, Fazbulous, Neonate, Wanpa dan ramai lagi.

Khabarnya ada juga pereka fesyen yang kembali membuat ‘comeback’ di pentas KLFW tahun ini. Semoga berjaya kepada semua pereka-pereka tempatan.