MissLily Shop Lebaran 2019 Suntik Elemen 1930an

Jenama pakaian Misslily Shop telah melancarkan koleksi terbaru mereka sempena Lebaran 2019 di mana tema 1930 diangkat menjadi nadi utama koleksi kali ini.

Inspirasi untuk koleksi ini tercetus daripada filem The Grand Budapest Hotel. Berlatarbelakangkan tahun 1930, inspirasi tona warna lembut, fabrik mewah, perincian dan aksesori segalanya berpaksikan keindahan filem ini.

Gabungan tradisional dan moden menjadi kunci asas bagi potongan setiap helaian koleksi ini. Material seperti Japanese Cotton dan sifon eksklusif digunakan untuk memberikan keselesaan maksima serta memberi kesan beralun dan lebih berstruktur kepada si pemakai.

Motif seperti polka dot dan flora menyuntik aura klasik Inggeris pada setiap koleksi ini.



Mempunyai enam rekaan kesemuanya, setiap rekaan hadir dalam dua warna. Saiz pula bermula dari S hingga ke XL. Harga pula bermula dari RM199 hingga RM299.

Bagi anda yang ingin mendapatkan kesemua koleksi ini, anda boleh dapatkan di platform ini ;

· Butik – 42A-1, Lorong Dataran Wangsa, Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, Malaysia
· Website – www.misslilyshop.my
· Whatsapp – 010 – 7680958
· Shopee – shopee.com.my/misslilyshop1
· Lazada – www.lazada.com.my/misslily-shop