Muhammad Haiqal Hanafi dinobat Raja Pecut Asia Tenggara

Uncategorized MAS 08-Dis-2019

Muhammad Haiqal Hanafi mencatat masa 10.35 saat untuk memenangi acara 100 meter Sukan SEA ke-30. Pada aksi saringan pagi, beliau telah merekodkan 10.39 saat sebagai catatan terbaik peribadi. Kemenangan ini mempertahankan emas Sukan SEA Kuala Lumpur yang dimenangi Khairul Hafiz Jantan.

Dua pelari Thailand, Sowan Ruttanapon dan Chuangchai Bandit masing-masing mencatat masa 10.49 saat dan 10.52 saat untuk meraih pingat perak dan gangsa.

Penuntut Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail itu menujukan kemenangan beliau kepada ibu bapa, jurulatih dan rakyat Malaysia yang menyokong atlet kebangsaan. Kejayaan ini jelas membuktikan kebolehan beliau walaupun ianya penyertaan pertama dalam acara individu.