Muhammad Haiqal Raja Pecut Asia Tenggara

Uncategorized Yen Doran 13-Dis-2019

Atlet negara, Muhammad Haiqal Hanafi, pemenang emas dalam acara 100-meter Sukan SEA ke-30 di Stadium Olahraga New Clark City, 8 Disember, digelarkan Raja Pecut baharu Asia Tenggara .

Catatan masa 10.35 saat dilakar oleh Tunku Mahkota Ismail, pelajar Sekolah Sukan, untuk memenangi acara riben biru berkenaan, sekali gus mempertahankan emas dimenangi seorang lagi pelari pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan catatan masa 10.38s.

Pelari Thailand iaitu Sowan Ruttanapon dan Bandit Chuangchai masing-masing dapat pingat perak dan gangsa dalam acara itu, dengan catatan masa 10.49 saat dan 10.52 saat.