Murad Malaysia Lancar Prebiotic Series

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa permukaan kulit kita sebenarnya menjadi perumah atau habitat kepada jutaan organisma mikrobiotik yang terdiri daripada bakteria dan fungus.

Walaupun mikrobiotik ini bermanfaat membekalkan keperluan nutrien yang sangat diperlukan kulit, namun kehadiran bakteria-bakteria jahat mengundang masalah kulit yang tidak diingini.

Untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan mikrobiotik pada kulit wajah, Murad Malaysia

memperkenalkan rangkaian penjagaan wajah, Prebiotic Series, yang dilengkapi dengan agen anti-bakteria.

Rangkaian produk ini bukan sahaja memusnahkan bakteria jahat, tetapi juga melindungi bakteria baik dalam mengekalkan kesempurnaan ekosistem permukaan kulit.

Terdapat tiga produk rawatan kulit dalam Prebiotic Series iaitu Prebiotic 3-in-1 MultiMist yang berfungsi untuk membantu menyuburkan kadar prebiotik kulit bagi menyeimbangi kadar keseimbangan mikrobiotik, Murad’s Prebiotic 4-in-1 MultiCleanser untuk mencuci, menghidrat dan menjaga keseimbangan kulit dan yang terakhir Murad’s Night Fix Enzyme Treatment untuk menggalakkan pemulihan sel-sel kulit ketika sedang tidur.

Berikut adalah fakta ringkas tentang ketiga-tiga produk yang dilancarkan baru-baru ini.

1) Prebiotic 3-In-1 Multimist, kunci utama penyelesaian hidrasi sepanjang hari

Solusi 3-dalam-1 ini adalah medium terbaik membantu menyihatkan kulit di peringkat asas. Ia menghapuskan dehidrasi dan menyingkir kulit kusam, meminimumkan garis halus dan kedut serta bertindak sebagai ejen asas sebelum mengoleskan solekan.

Prebiotic hydrating sugars membantu memperkuat dan meningkatkan kadar hidrasi secara semula jadi untuk kulit yang lembut dan sihat. Manakala yeast dan fungus peptide membantu mengekalkan tahap kelembapan semulajadi untuk kulit yang sihat.

MultiMist sesuai disemburkan pada kulit sama ada selepas mencuci wajah atau selepas mengenakan solekan. Ia juga sesuai dijadikan semburan penyegar sepanjang hari bagi mengatasi masalah dehidrasi kulit.

2) Prebiotic 4-In-1 Multicleanser, mengekalkan kelembapan sehingga 15 lapisan

Produk gel-to-oil yang berfungsi sebagai pencuci  ini diformula bagi menyeimbangkan mikrobiotik kulit melalui penyuburan prebiotik untuk menggalakkan kulit yang sihat. Ia sesuai digunakan sebagai penanggal solekan, menyingkirkan kotoran dan minyak pada wajah, mengurangkan kekeringan dan hidrasi, serta memperbaiki tekstur kulit yang tidak sekata.

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit (termasuk yang sensitif) produk 4 dalam 1 yang dilengkapi dengan formula tidak mengeringkan sesuai digunakan di waktu siang mahu pun malam.

3) Night Fix Enzyme Treatment, bangun dengan wajah lebih muda setiap hari

Apabila kita tidur di waktu malam, didapati tubuh sedang melakukan kerja-kerja baik pulih (dalam keadaan mitosis) di mana pada ketika itu sel yang telah rosak dan musnah diperbaharui atau dibaik pulih. Proses magis ini berlaku ketika pukul 11 sehingga ke tengah malam.

Pada ketika ini lah sel memerlukan dan menyerap nutrien paling banyak. Oleh itu, anda perlu sediakan bekalan dan keperluan secukupnya untuk membolehkan permukaan kulit menyerap segala keperluan.

Night Fix Enzyme Treatment membantu proses baik pulih kulit menjelang tengah malam. Gabungan beberapa bahan dalam produk ini membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit, melindungi hidrasi kulit di waktu malam serta membantu membaik-pulih kulit secara semula jadi. Hasilnya, kedutan dan garisan-garisan halus dapat dikurangkan, kulit kelihatan segar, sihat serta berseri-seri.

 

Kredit foto : Murad Malaysia