MURFEST 2019 Ketengah Program Kesejahteraan Dan Kesihatan Urban

Suka Nor Syariza Tahir 27-Jul-2019

Festival kesejahteraan dan kesihatan premier tahunan, MURFEST, kini kembali untuk tahun ke-6 dengan mengetengahkan pelbagai program kesejahteraan dan kesihatan urban,  bertempat di Palace of The Golden Horses, Mines Wellness City, Seri Kembangan; Selangor.

Bakal berlangsung pada 8 hingga 10 November 2019, acara yang menampilkan lebih 60 bengkel dan 100 pempamer yang turut dikenali sebagai Festival Kesejahteraan Premier Asia ini bakal menawarkan pengalaman bermakna buat para pengunjung.

Antara program menarik yang disediakan untuk pengunjung termasuk senaman yoga, acara tarian dengan pelbagai rentak muzik menghiburkan, peluang untuk bermain alat muzik dan menyanyi dengan diiringi oleh para vokalis profesional.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang untuk menjalankan sesi urutan terapi di Palace of Golden Horses.

Ingin tampil kelainan, MURFEST 2019 turut bekerjasama dengan GHHS Wellness yang bakal menyaksikan lebih banyak program urban diadakan serta penyertaan kesejahteraan korporat pada masa akan datang.

“Pada hari ini, banyak syarikat korporat dan perniagaan yang mengambil langkah berbeza untuk mengurangkan tekanan para pekerjanya.

“MURFEST berbesar hati kerana dapat menyediakan platform yang mampu memberi pilihan kepada mereka yang mencari program latihan bina kumpulan yang berbeza daripada kaedah tradisional.

“Menerusi MURFEST, pengunjung berpeluang untuk menyertai festival kesejahteraan urban selama tiga hari yang mampu memenuhi objektif kesejahteraan korporat tersebut,” ujar Ketua Pegawai Operasi MURFEST, Olivia Mercado.

Sepanjang enam tahun penganjurannya, MURFEST telah meletakkan Malaysia dalam peta kesejahteraan global dengan mempromosikan negara ini sebagai destinasi nombor 1 bagi kesihatan dan kesejahteraan Asia.

 

Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka menerima kemasukan seramai 36 juta pelancong dengan pelancongan kesejahteraan dilihat menjadi antara sektor utama yang mampu menarik kedatangan pelancong.

Manakala pelancongan kesejahteraan pula merupakan sektor pelancongan yang berkembang pantas di negara ini, dan disenaraikan sebagai 10 pasaran pelancongan kesejahteraan terbaik di Asia Pasifik.

Jadi, sama ada anda ialah seorang pengamal yoga, penari, peminat muzik, pengamal makanan sihat atau semata-mata ingin mencuba perkara baharu yang menyeronokkan, MURFEST adalah lokasi terbaik untuk anda kunjungi pada November ini.

Harga tiket bermula daripada RM175.

Maklumat lanjut mengenai MURFEST boleh didapati di:

Laman web MURFEST: www.murfest.com

Facebook: www.facebook.com/MURFEST/

Instagram: @mymurfest

 

Foto: MURFEST & Facebook MURFEST

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Bakal berlangsung pada 8 hingga 10 November 2019, acara yang menampilkan lebih 60 bengkel dan 100 pempamer yang turut dikenali sebagai Festival Kesejahteraan Premier Asia ini bakal menawarkan pengalaman bermakna buat para pengunjung.