Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Persekitaran Web Patuh Muslim.

 

Kami berbangga menjadi umat Islam.

Kami percaya bahawa Islam adalah kekal abadi dan umat Islam boleh dan harus mengikuti perkembangan zaman.

Oleh itu, kami percaya bahawa umat Islam harus menerima penggunaan teknologi baharu dan tidak bersembunyi daripadanya. Teknologi ialah satu cara dan bukanlah matlamat yang mutlak.

Walau bagaimanapun, apabila menerima sesuatu yang baharu, kita tidak boleh lupakan Allah, masyarakat kita, keluarga kita dan diri kita sendiri.

Realiti yang menyedihkan ialah alat yang kita gunakan untuk melayari Web adalah padang yang dipenuhi ranjau. Keadaannya serba canggih namun penuh pancaroba dan lebih berbahaya daripada yang boleh kita bayangkan.

Ia menjadi alat untuk mengintip, berbohong dan memutarbelit.

Itulah sebabnya kami meminta badan-badan bebas untuk melihat produk kami dan menilai sama ada produk kami mematuhi undang-undang Islam dan standard etika.

SalamWeb ialah penyemak imbas pertama dan ekosistem digital yang disahkan sebagai mematuhi undang-undang dan etika Islam oleh Lembaga Penyeliaan SyariahAmanie. Kami juga disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia sebagai mematuhi Panduan Ekonomi Digital Islam (Mi’yar).

Kami percaya bahawa setiap Muslim hendaklah dapat menggunakan Internet tanpa menjejaskan iman dan hati nuraninya.