Nasi Goreng Ikan Masin Pembuka Selera Waktu Sahur

Tak lama lagi Ramadan bakal menjelma. Pasti ramai yang sudah membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadan bukan? Terbayang-bayang juadah enak untuk dinikmati pada waktu berbuka sepanjang sebulan berpuasa nanti.

Namun harus diakui, kadang-kadang tekak seolah-olah tiada selera tatkala mahu menjamah hidangan sahur. Tetapi sahur adalah penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.

SalamToday kongsikan resepi yang pasti membuka selera anda untuk bersahur iaitu Nasi Goreng Ikan Masin. Rasanya yang pedas-pedas masin pastinya membuatkan anda berselera makan ketika bersahur.

 

Bahan-Bahan

  1. Nasi putih (lebih sedap guna nasi lebihan semalam) 300 gram
  2. Bawang putih 3-4 ulas
  3.  Cili padi 4-6 biji
  4. Isi ayam 100 gram
  5. Sayur (kailan atau kangkung) 100 gram
  6. Ikan masin (lebih sedap guna ikan tenggiri)
  7. Maggi Cukup Rasa
  8. Minyak masak

 

Cara-cara memasak

  1. Tumbuk bawang putih dan cili padi sekaligus
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama ikan masin yang telah dicincang
  3.  Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu
  4. Masukkan nasi putih serta sayur dan gaul rata
  5.  Akhir sekali masukkan satu sudu serbuk Maggi Cukup Rasa

Lebih sedap jika dimakan bersama taburan bawang goreng dan ikan bilis rangup. Hidangan ini akan lebih sempurna jika dinikmati bersama secawan kopi o panas. Selamat mencuba!

 

Sumber resipi & foto : www.maggi.com.my