Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Neelofa Diberi Peluang Kendali Instagram Vogue Italia

Stail Helmi Anuar 02-Okt-2019

Selebriti terkenal tanah air, Noor Neelofa telah diberi peluang untuk mengendalikan akaun Instagram majalah fesyen terkemuka dunia, Vogue Italia.

Neelofa yang kini berada di Paris sempena Minggu Fesyen telah diberi kesempatan untuk berkongsi pengalamannya menghadiri pertunjukan fesyen jenama Miu Miu di ‘Instastory’ Vogue Italia.

Vogue Italia juga telah memuatnaik video khas di mana mereka memaparkan temubual bersama Neelofa tentang pendapatnya mengenai ‘modest fashion’.

 

Kerjasama di antara Neelofa dan Vogue Italia ini telah membutikan betapa besarnya pengaruh Neelofa dalam arena ‘modest fashion’ di peringkat antarabangsa.

Tahniah SalamToday ucapkan kepada Neelofa kerana telah berjaya mengharumkan nama negara serta membuktikan bahawa Muslimah juga mampu berjaya dalam bidang fesyen tanpa perlu berpenampilan seksi.

Tidak mustahil satu hari nanti Neelofa bakal tampil sebagai penghias muka depan untuk majalah Vogue pula.

 

Sumber : Instagram Vogue Italia & Neelofa