Negara Islam perlu bina budaya berdikari – Tun Dr Mahathir

Budaya Adea Ghafar 19-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai sesi meja bulat pertama Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang bertemakan ‘Keutamaan Pembangunan dan Cabaran’, telah menyarankan negara-negara Islam agar dapat menghasilkan produk sendiri dengan bahan keperluan bersumberkan sesama sendiri. Sekaligus, 1.7 bilion pasaran ekonomi negara-negara Islam yang sama dapat digunakan dengan sebaiknya.

Dengan mengambil contoh negara Turki yang telah menghasilkan teknologi peralatan pertahanan terkini, Dr Mahathir menegaskan kerjasama kukuh antara negara-negara Islam akan dapat memastikan kelestarian sumber asli dan kekayaan terus kekal dalam masyarakat Islam.

Umat Islam akan lebih bebas jika ekonomi mereka kukuh.