Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Negara Turkmenistan, Bandar Putih dan kepelikan yang unik

Asia 03 Feb 2021
Md Wa'iz
Negara Turkmenistan, Bandar Putih dan kepelikan yang unik
Negara Turkmenistan, Bandar Putih dan kepelikan yang unik (foto: The Wedding Palace) © Olga Buiacova | Dreamstime.com

Negara Turkmenistan – perkataan ‘Turkmenistan’ sebenarnya membawa maksud ‘Negara Orang Turk’. Perkataan ‘Turk’ membawa makna Orang Turk, manakalan tambahan ‘Stan’ pada akhir namanya bermaksud ‘Tempat atau Negara’.

Tahukah anda, negara Turkmenistan merupakan negara dengan simpanan gas terbesar di Asia Tengah? Ada lagi fakta menarik dan sedikit pelik mengenai negara ini. Teruskan pembacaan anda di bawah ini.

Ashgabat, Bandar Putih

Pasti anda tertanya-tanya, mengapa Ashgabat yang merupakan ibu kota Turkmenistan digelar sebagai Bandar Putih. Kebanyakan bangunan di ibu kota ini dibina daripada batu marmar putih termasuklah menara-menara tinggi.

Salah satu sebab mengapa bandar ini dibina menggunakan batu marmar putih adalah kerana persekitaran bandar ini. Bandar ini dikelilingi dengan kawasan gurun. Oleh itu, bangunan-bangunan berwarna putih akan menaikkan seri wajah bandar tersebut.

Selain itu, ia juga adalah manifestasi kekayaan yang dimiliki oleh Turkmenistan. Oleh sebab itu, Ashgabat digelar sebagai Bandar Putih atau The White City.

Negara dengan simpanan gas terbesar

Tahukah anda, bahawa negara ini merupakan antara negara dengan simpanan gas asli terbesar di dunia. Turkmenistan merupakan negara terbesar di Asia Tengah dan juga keempat di dunia yang mempunyai simpanan gas asli terbesar.

Oleh sebab itu, negara ini boleh dikatakan agak mewah dan kemewahan itu ditunjukkan melalui seni bina di ibu kotanya, Ashgabat.

Turkmenistan terkenal dengan karpet

Salah satu seni yang terkenal bagi negara ini adalah penghasilan karpet mereka. Orang-orang Turkmenistan amat dikenali dengan penghasilan karpet secara tradisional.

Malah, bendera negara ini juga dimasukkan dengan unsur corak karpet mereka. Terdapat lima jenis corak karpet yang diletakkan dalam bendera mereka yang mewakili lima puak di Turkmenistan.

Lokasi terletaknya ‘Door to Hell’

‘Door to Hell’ bukanlah bermaksud pintu ke neraka secara literal. Namun, ia adalah sebuah lokasi lubang atau kawah dengan nyalaan api yang tidak pernah padam sejak tahun 1971. Ia dikenali sebagai Darvaza.

Pada tahun 1971, berlaku sebuah kemalangan perlombongan dan menyebabkan kawah ini terbentuk. Pada ketika itu, saintis percaya bahawa api yang menyala ini akan terpadam dalam masa beberapa minggu sahaja.

Namun, ia kekal menyala sejak tahun 1971 sehingga hari ini. Mengapa ia kekal menyala? Ini kerana kawah tersebut adalah sebuah kawah gas di mana gas asli telah keluar daripada bawah bumi tanpa henti.

Ramai pelancong datang ke Turkmenistan untuk melihat sendiri kawah gas ini.

Kepelikan yang membentuk keunikan

Sebenarnya, terdapat banyak lagi perkara-perkara pelik yang ada di Turkmenistan. Ini termasuklah The Wedding Palace yang mempunyai seni bina paling pelik dan menyerlah di Ashgabat.

Turkmenistan juga mempunyai Roda Ferris dalam bangunan terbesar di dunia yang disebut sebagai Alem. Namun, kepelikan inilah yang menjadikan Turkmenistan ini sebagai sebuah negara yang ‘lain daripada yang lain’.