Nikmati Hidangan Asli Thailand Di Sheraton Petaling Jaya

Pencinta masakan Thailand pastinya akan berasa teruja tatkala menjamu selera di hotel Sheraton Petaling Jaya sempena dengan Festival Sawadee -Thai yang berlangsung selama dua minggu di restoran Feast.

Apa yang lebih menarik, Chef dari Bangkok Thailand iaitu Chef Somkid Ketkaew telah diundang sebagai chef jemputan.

Berbekalkan pengalaman selama 25 tahun dalam bidang masakan Thai, Chef yang berkhidmat di Hotel Marriott Bangkok The Surawongse ini telah mempelajari memasak hidangan asli Thai bersama ibunya yang mempunyai kedai makan di daerah timur Thailand.

Antara hidangan istimewa yang disediakan adalah Tom Yum Goong, Mee Pad Thai, Kari Hijau Ayam, Kari Ketam, Kari Massaman Daging, Kerabu Betik Muda bersama Ayam Panggang serta Pulut Mangga.

Antara hidangan enak yang lain yang turut disediakan di sini adalah pelbagai jenis kerabu, sup ayam, nasi goreng, bihun goreng, makanan laut yang digoreng seperti udang, ketam dan sotong, daging, ikan stim, kari serta itik.

Untuk pencuci mulut pula, anda boleh menikmati pulut mangga, kastard kelapa bersama labu, serawa pisang, dumpling nasi bersama kuah santan serta banyak lagi.

Buffet istimewa ini akan bermula pada 23 September sehingga 6 Oktober 2019 untuk sesi makan malam yang bermula dari pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Harga untuk dewasa ialah RM118 seorang manakala untuk kanak-kanak pula RM59.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi nombor 03-76228888 atau email ke [email protected]