Nikmati Promosi “Happy Malaysia RM1 Upsize” Baskin-Robbins

Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-62 pada 31 Ogos ini.

Manakala Hari Malaysia pula akan disambut pada 16 September sebagai tanda meraikan pembentukan negara Malaysia bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, bagi meraikan kegemilangan negara selama 62 tahun dengan semua rakyat Malaysia, jenama aiskrim berkualiti premium yang digemari ramai, Baskin-Robbins melancarkan promosi Happy Malaysia RM1 Upsize selama dua bulan, bermula 1 Ogos hingga 30 September 2019.

Sebagai memperingati sambutan berganda Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pelanggan boleh menikmati promosi Double Celebration atau “Mega Celebration”, di mana anda hanya perlu menambah RM1 untuk menikmati satu scoop aiskrim percuma.

Misalnya, dengan pembelian aiskrim Single Regular (RM11.50), pelanggan boleh menikmati “Double Celebration” dengan hanya menambah RM1.

Manakala pembelian Single King (RM14.50) pula melayakkan pelanggan untuk menikmati “Mega Celebration” dengan menambah RM1.

 

 

“Aiskrim ikonik Baskin-Robbins turut ditransformasi dengan adanya bendera bersaiz kecil yang diletakkan di atas ais krim, yang mempunyai unsur-unsur seakan Jalur Gemilang.

“Promosi ini menawarkan pelbagai pilihan perisa klasik, perisa seasonal dan perisa khas yang sedia ada,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Baskin-Robbins, Cheah Jia Ming.

Bawalah keluarga dan rakan-rakan anda untuk menikmati promosi istimewa “Double Celebration” dan “Mega Celebration”.

Nikmatilah aiskrim Happy Malaysia dan ambillah gambar yang menunjukkan warisan Malaysia serta mencerminkan kebanggaan anda terhadap negara, sama ada di tapak bersejarah seperti Dataran Merdeka atau gerai nasi lemak kegemaran anda, tapak perkhemahan atau tradisi keluarga anda yang unik.

 

 

Kemudian, anda boleh berkongsi gambar-gambar tersebut dengan memuat naik di media sosial beserta hashtag #BRMYPride #BRavoMY untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada negara tercinta.

“Promosi Happy Malaysia yang dilancarkan bersempena dengan ulang tahun Kemerdekaan ke-62 ini bertujuan untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mengingati sumbangan dan jasa tokoh-tokoh negara kita.

“Kempen ini juga mencerminkan keindahan Malaysia – rakyat kita, tanah air kita. Keindahan masyarakat berbilang bangsa dan budaya dalam membentuk negara dan warisan kita adalah identiti unik yang sepatutnya menjadi kebanggaan setiap rakyat Malaysia.

“Melalui kempen ini, kami berharap dapat menyemai rasa bangga dalam masyarakat dan terus mengalakkan interaksi yang positif dan sihat antara satu sama lain.

“Kami menggalakkan semua rakyat untuk melindungi dan memelihara budaya dan warisan Malaysia, berkongsi kebanggaan kita dengan seluruh dunia seperti hutan hujan prasejarah kita hinggalah tanaman bertaraf dunia ataupun kepelbagaian budaya yang hanya terdapat di Malaysia,” kata Jia Ming.

Foto: Baskin-Robbins

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Sebagai memperingati sambutan berganda Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pelanggan boleh menikmati promosi “Double Celebration" atau "Mega Celebration", di mana anda hanya perlu menambah RM1 untuk menikmati satu scoop aiskrim percuma.