Nikmati Sajian Masakan Cina Di Hotel The Westin Kuala Lumpur

Bagi anda yang merupakan penggemar makanan Cina dan tercari-cari di mana untuk menikmati hidangan yang enak dan rasa yang asli, kini anda boleh berbuat demikian di Hotel The Westin Kuala Lumpur.

Bertempat di restoran Five Sen5es di hotel ini, anda boleh menikmati sajian Cina enak yang disediakan oleh Chef Ron Lean yang mempunyai 17 tahun pengalaman dalam menyediakan masakan Cina.

Pernah berkhidmat di hotel bertaraf lima bintang dan  restoran mewah di Australia, anda pasti jatuh cinta dengan masakan Chef Ron serta hiasan setiap menu yang disediakan.

Antara hidangan yang akan membuatkan anda jatuh cinta di sini ialah, ‘Deep Fried Lobster Ball Steamed with Egg’, ‘Double Stewed Rambutan, Chicken with Crabmeat and Scallop’, ‘Signature Steamed Coiling Dragon Grouper with Golden Garlic Sauce’, ‘Fuzhou Litchi Sweet and Sour Chicken’, ‘Pomelo Crispy Prawn with Homemade Sauce’,’ Braised Shimiji Mushroom with Homemade Spinach Bean Curd’, ‘Stir Fried Romaine Lettuce with Salted Fish’, dan ‘Chilled Peach Gum Soup with Red Dates and Longan in Coconut’.

Chef Ron menggunakan bahan-bahan yang segar, berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi dalam setiap hidangan yang dihasilkan beliau untuk membangkitkan rasa yang lebih asli.

Buat peminat masakan Cina, jangan lupa untuk singgah di restoran Five Sen5es The Westin Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh Chef Ron.