Nikmati Susu Tamar Origina Bulan Ramadan Ini

Bulan Ramadan bakal menemui kita beberapa hari sahaja lagi. Bagi anda yang tercari-cari alternatif terbaik untuk bersahur tanpa perlu bersusah-payah memasak, apa kata anda cuba susu tamar daripada jenama lokal Origina.

Selain mempunyai khasiat yang tinggi, susu tamar ini juga diperkaya dengan makanan sunnah yang mampu membekalkan tenaga sepanjang tempoh anda berpuasa.

Susu tamar ini menggunakan susu yang diimport dari Australia, manakala hanya buah tamar yang mempunyai gred tinggi sahaja digunakan tanpa sebarang gula tambahan mahupun pewarna.

Selain dari produk tenusu, Origina juga menawarkan pelbagai seleksi jus buah-buahan dan juga teh yang enak. Antara jus buah-buahan yang ditawarkan ialah epal, nenas, delima, anggur, durian belanda dan campuran buah tropika.

Manakala untuk produk teh pula, Origina menawarkan teh hitam bersama epal, the hitam bersama lemon, teh hijau bersama delima dan teh hijau bersama pic.

 

Bagi produk tenusu pula, Origina tidak hanya terhad kepada susu tamar sahaja, tetapi turut menawarkan susu coklat, teh tarik, kopi latte dan teh hijau latte.

Paling penting kesemua produk Origina adalah halal. Bungkusan yang digunakan juga sangat menarik dan mudah dibawa ke mana sahaja dan mampu bertahan selama dua tahun jika tidak dibuka.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk Origina, anda boleh layari origina2u.com

Foto : Origina