Nilai kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal cecah RM1 bilion

Uncategorized MAS 20-Dis-2019

Nilai kelab JDT disasarkan mencecah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun, menurut pemilik kelab bola sepak tersebut Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Nilai berkenaan mengambil kira keseluruhan aset seperti hartanah, stadium dan kemudahan lain.

Empat syarikat perakaunan ditugaskan untuk menjalankan penilaian dan aset bernilai RM600 juta telah ditaksirkan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, stadium baru JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim akan beroperasi secara rasmi pada 25 Januari 2020. Pemeriksaan akan dilakukan untuk memastikan stadium tersebut menepati piawaian ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

JDT turut memperuntukkan sebanyak RM75 juta bagi membina beberapa kemudahan baru seperti pusat latihan baharu dan stadium mini.