‘No Time To Die’ Tajuk Rasmi Filem Terbaru James Bond Ke 25

Tajuk rasmi filem ejen perisikan paling popular di dunia 007 untuk edisi yang ke-25 telah pun diumumkan semalam dan diberi tajuk ‘No Time To Die.’

Aktor British, Daniel Craig kembali menggalas tugas sebagai ejen perisikan James Bond buat kali yang terakhir sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada watak ikonik itu.

Turut didedahkan adalah tarikh rasmi tayangan filem berkenaan yang akan ditayangkan pada bulan April tahun 2020.

Bond 25 title reveal

Daniel Craig returns as James Bond, 007 in… NO TIME TO DIE. In theaters 8 April 2020

Posted by James Bond 007 on Tuesday, August 20, 2019

Filem ‘No Time To Die’ turut dibintangi oleh pemenang anugerah Oscar, Rami Malek yang memegang watak antagonis. Selain itu aktres Lea Seydoux dan Naomie Harris turut kembali untuk edisi kali ini.

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan aktor kelahiran Malaysia yang semakin menempa nama di Hollywood iaitu Henry Golding bakal menggantikan Daniel Craig. Namun beberapa aktor lain turut dikatakan berada dalam perhatian untuk mengambil alih tugas 007 itu.

 

Sumber : Facebook