Nor ‘Phoenix’ Diana – Ahli Gusti Wanita Berhijab Pertama Di Dunia

Masyarakat 10 Jul 2019 Contributor

Siapa yang dapat menduga, seorang remaja perempuan dari Malaysia yang berusia 19 tahun menjadi ahli gusti wanita pertama di dunia yang berhijab.

Nor ‘Phoenix’ Diana mula menceburkan diri dalam sukan gusti kira-kira tiga tahun lalu selepas terpengaruh dengan permainan video gusti ketika bermain dengan adik lelakinya sewaktu dia berumur 14 tahun.

Diana menjadi semakin obses dengan seni sukan gusti dan telah sering menonton perlawanan gusti WWE. Dia juga pernah pergi menonton secara langsung perlawanan WWE sewaktu mereka berkunjung ke Malaysia pada tahun 2015.

 

https://www.instagram.com/p/Bzmtu01A2Ug/

Kini Diana bernaung di bawah Persatuan Gusti Malaysia untuk menjalani latihan secara profesional. Biarpun begelar ahli gusti wanita dan berhijab, tetapi Diana tidak diberikan layanan istimewa. Dia dilayan sama sahaja seperti ahli gusti lelaki yang lain.

Saya adalah antara dua ahli gusti wanita yang menjalani latihan di Persatuan Gusti Malaysia. Dan kami berlatih bersama-sama dengan lelaki“.

Perjalanan Diana ke gelanggang gusti adalah terjadi tanpa diduga. Dia diminta menggantikan tempat ahli gusti yang lain dan sewaktu itu dia baru sahaja menjalani latihan selama dua bulan.

Ketika di gelanggang pada mulanya, Diana muncul dengan memakai topeng Luchador. Kata Diana, pada mulanya dia sedikit risau untuk mendedahkan hijabnya ketika di gelanggang , tetapi selepas itu dia mendapat keyakinan diri dan beraksi di gelanggang dengan hanya memakai hijab di kejohanan yang diadakan di Singapura yang akhirnya mendedahkan siapa sebenarnya gadis berhijab di sebalik topeng Luchador.

 

https://www.instagram.com/p/BrQRMrEngxi/

https://www.instagram.com/p/BzfqTDJgVfZ/

Biarpun kelihatan ganas ketika beraksi di gelanggang, namun di luar gelanggang Diana merupakan seorang gadis berhijab yang manis.

https://www.instagram.com/p/ByXCgxaA2bs/

Tahniah SalamToday ucapkan kepada Nor ‘Phoenix’ Diana kerana berani menyahut cabaran sebagai ahli gusti wanita yang masih menjaga aurat dan tampil berhijab di gelanggang. Semoga Diana terus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

 

Sumber : The Rakyat PostWorld Of Buzz