Nostalgia peperangan: Makam Syahid di Algeria

Terkenal 17 Mac 2021 Zalika Adam
Terkini oleh Zalika Adam
Nostalgia peperangan: Makam Syahid di Algeria
Nostalgia peperangan: Makam Syahid di Algeria © Abderrahmane Soufi | Dreamstime.com

Makam Syahid (Martyrs Memorial) ialah satu tempat bersejarah di Chemin Omar Kechkar, Algiers, Algeria. Makam ini menceritakan nostalgia pahit peperangan di Algeria yang berlaku pada 5 Julai 1962.

Ia dibina pada 1982 sempena mengingati peristiwa Kemerdekaan di Algeria. Kedudukannya terletak di jalan ke utara pusat membeli belah, di kawasan tinggi bandar.

Bentuk geometri dan binaan makam

Monument terdiri daripada tiga daun palem yang menyatukan di tengah-tengah ketinggian. Di permulaan setiap daun kita akan bertemu patung yang melambangkan salah satu dari era Perang Kemerdekaan.

Monumen ini dibuat oleh Perusahaan Kanada Lavalin. Binaan ini berdasarkan model yang dipamerkan di Sekolah Seni Kota Algeria, dipimpin oleh Bachir Yelles. Makam ini berada pada ketinggian 92 meter.

Ketiga-tiga pelepah adalah berukuran panjang 47 meter dan diameter 10 meter. Binaan makam ini dibuat dengan gaya seni Islam. Ketinggiannya 25 meter dan lebar kubah 6 meter.

Monumen ini mempunyai alun-alun besar terletak tepat di bawah monument. Simbol ini disebut sebagai api abadi dan termasuk ruang bawah tanah, amfiteater dan muzium bawah tanah yang dipanggil dengan ‘Muzium Mujahidin’.

Pameran sejarah dalam makam

Di Muzium Mujahidin, terdapat beberapa replika patung, menggambarkan peristiwa kekejaman yang berlaku. Penjajahan Perancis amat memberi kesan terhadap kehidupan rakyat. Terdapat replika menunjukkan rakyat tersiksa, digari dan dimasukkkan ke dalam air.

Beberapa jenis pakaian tinggalan pemerintahan dan askar serta peralatan perang dipamerkan. Pameran ini untuk memperingati pahlawan-pahlawan yang berjasa kepada rakyat yang diperintah.

Peristiwa kekejaman daripada penjajahan Perancis amat memberi kesan terhadap kehidupan penduduk setempat. Antara kekejaman yang dipamerkan adalah seperti golongan wanita dan orang tua disiksa dan diikat pada kayu. Alat pemotong khas kepala turut dipamerkan.

Selain daripada itu, terdapat beberapa kesan daripada penjajahan antaranya: bahasa harian Algeria diambil daripada bahasa Perancis, seperti kuzina (dapur) dan lotto (kereta).

Masyarakat wanita di bandar turut terkesan dengan pakaian orang Perancis. Manakala, Roti Perancis menjadi hidangan harian yang dijual di kedai-kedai roti atau di tepi-tepi jalan.

Bahasa utama yang digunakan oleh kedutaan Algeria di Malaysia dan negara-negara lain ialah bahasa Perancis.  Begitulah kesan bahasa Perancis terhadap negara Algeria yang menjadi bahasa kedua negara.