OLDTOWN White Coffee Perkenal Set Hidangan ‘Tri-Elemental Savers’ Boboiboy

Bersempena dengan tayangan filem BoBoiBoy Movie 2 yang akan mula menemui penonton di pawagam pada 8 Ogos ini, OLDTOWN White Coffee memperkenalkan promosi hidangan set bernilai terbaharunya, ‘Tri-Elemental Savers’ untuk para pelanggan.

Mengetengahkan tiga jenis set promosi iaitu ‘MyBreakfast’, ‘MyTea’ dan ‘MySupper’, promosi itu boleh didapati di kesemua 187 cawangan OLDTOWN White Coffee seluruh Malaysia.

Dengan harga RM7.90 bagi setiap set, ia didatangkan bersama hidangan lengkap beserta segelas minuman daripada enam pilihan.

Manakala hidangan ala carte adalah berharga RM6.90.

Bagi set ‘MyBreakfast’ (bermula 11 pagi), ia didatangkan dengan pilihan menu Chicken Bites Rice Bowl, Rendang Chicken Rice Bowl, Chicken Bites Meehoon Bowl, Chicken Meehoon Bowl, Chicken Porridge Bowl, OLDTOWN Sunrise Burger dan Chicken Bites Basket.

Manakala set ‘MyTea’ (dari 3 petang hingga 6 petang) dan ‘MySupper’ (bermula 10 malam hingga tutup) pula menawarkan 11 pilihan hidangan, antaranya Spicy Tomato Chicken Rice Bowl, BBQ Chicken Rice Bowl, Hor Fun Soup Bowl, Hor Fun Bowl, Tomato Chicken Meehoon Bowl, Choctop Ice Cream on Paratha, Chicken Bites Basket dan Original Kaya Butter Burger.

Menurut OLDTOWN White Coffee, promosi tersebut bertujuan untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan, menggalakkan tabiat pemakanan yang sihat, hidangan sepinggan lengkap, tabiat makan yang tepat pada waktunya serta membekalkan diri dengan tenaga yang mencukupi untuk menghadapi cabaran seharian.

“Ia juga menggambarkan prinsip kami di OLDTOWN White Coffee yang mementingkan nilai dan kepelbagaian penawaran buat pelanggan,” ujar rangkaian kafe kopi putih terbesar di negara ini.

Sementara itu, untuk peminat setia BoBoiBoy, anda juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran istimewa, antaranya pemberian komik Boboiboy edisi terhad dan kotak Kiub 3D bertema Boboiboy bagi setiap pembelian minimum RM10 (termasuk mana-mana pembelian ‘MyBreakfast’/ ‘MyTea’ /’MySupper’ dalam satu resit) sementara stok masih ada.

Promosi ‘Tri-Elemental Savers’ boleh didapati setiap hari bermula 15 Julai hingga 14 November 2019 untuk Semenanjung Malaysia dan dari 1 Ogos hingga 14 November di Sabah dan Sarawak.

Foto: Laman web OLDTOWN White Coffee