Ombak Dive Resort Janjikan Percutian Selesa

Keindahan Pulau Perhentian memang tidak boleh dinafikan lagi. Ia bukan sahaja menjadi pilihan pelancong luar negara, bahkan pulau percutian di Terengganu ini menjadi dambaan rakyat Malaysia yang mahu lari daripada hiruk-pikuk kota.

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil, pulau yang menjanjikan pengalaman percutian menyeronokkan ini sudah tentu menawarkan pelbagai jenis penginapan untuk disinggahi.

Jika anda bercadang untuk menginap di Perhentian Kecil, apa kata pilih Ombak Dive Resort sebagai lokasi penginapan.  Resort bertaraf tiga bintang ini mula beroperasi pada tahun 2012 dan ia menawarkan pelbagai kemudahan demi memastikan keselesaan setiap tetamu.

Jadi, biar apa pun tujuan percutian anda ke sini, Ombak Dive Resort mampu merealisasikan impian anda. Jika ingin berbulan madu, terdapat bilik istimewa dan pakej bulan madu yang boleh ditempah.

Jika ingin belajar selam skuba, Ombak Divers mempunya tenaga pengajar terlatih untuk anda mendapatkan lesen.

 

Selain itu, terdapat banyak juga pakej-pakej rekreasi lain yang boleh dijadikan pilihan. Satu perkara yang anda perlu tahu, Ombak Dive Resort menampilkan suasana resort yang damai dengan menampilkan dekorasi ala nusantara.

Terdapat 25 buah bilik yang boleh dijadikan pilihan iaitu Single Room, Twin Room, Quadruple Sharing Room dan Exclusive Suites.

Berbeza dengan kebanyakan resort atau chalet yang ada di Pulau Perhentian, kesemua bilik di sini dilengkapi dengan skrin televisyen, peti ais mini, pemanas air, pengering rambut, ubat nyamuk elektrik dan peti simpanan keselamatan.

Satu lagi keistimewaan Ombak Dive Resort ialah, ia membekalkan kemudahan elektrik selama 24 jam. Jadi tidak perlu risau jika anda perlu mengecas bateri telefon bimbit atau kamera sepanjang tempoh percutian di sini.

Ini juga bermakna anda boleh merehatkan diri di dalam bilik pada bila-bila masa tanpa bimbang dengan cuaca panas.

Jamu selera di Ombak Café

Jika anda ingin menjamu selera sambil dengan ditemani hembusan bayu pantai dan pemandangan pantai yang indah, jangan lupa singgah ke Ombak Café yang terletak di hadapan resort ini.

Ombak Café menyediakan pelbagai hidangan bercitarasa tempatan dan antarabangsa seperti Mi Kari, Tomyam, Nasi Goreng Kampung, Chicken Chop, Roti Nan Ayam Tandoori, Fish & Chip serta pelbagai hidangan makanan laut. Tentang harga tidak perlu dipersoalkan kerana ia bersesuaian dengan kos logistik.

Jika anda berada di sini pada pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu, jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan api yang dipersembahkan oleh petugas-petugas resort pada jam 7.30 malam.

Untuk maklumat lanjut tentang Ombak Dive Resort, anda boleh melayari http://www.ombak.my/

Kredit foto : Rahayu Mat Nah