Operasi Lestari mengawal penerokaan secara haram di Pahang

Uncategorized Yen Doran 23-Dis-2019

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Sallehuddin Ishak berkata, tindakan penguatkuasaan Operasi Lestari akan mengawal penerokaan secara haram di Pahang bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kepentingan rakyat dipelihara.

Tindakan diambil di bawah peruntukan Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara 1965 kerana menduduki tanah kerajaan tanpa izin sejak tahun 2009.

Sebanyak 11 penerokaan iaitu 24 hektar (60 ekar) terlibat bagi peringkat pertama operasi dan 37 penerokaan haram iaitu 97 hektar (240 ekar) bagi peringkat kedua.

Pihak kerajaan negeri akan berperikemanusian dan memberikan jalan keluar iaitu penempatan semula kepada pekebun-pekebun itu.