OPPO Siri A 2020 Telefon Pintar Terbaru Mampu Milik Keluaran Oppo

OPPO antara jenama peneraju telefon pintar terkemuka di dunia, dengan bangganya melancarkan OPPO Siri A 2020 baharu di Malaysia. OPPO Siri A 2020, yang merangkumi telefon pintar OPPO A9 2020 dan OPPO A5 2020, adalah tawaran terbaharu jenama tersebut bagi pasaran telefon pintar peringkat pertengahan.

Menggabungkan ciri-ciri berkualiti tinggi dan mampu dimiliki, bersama ciri-ciri fotografi yang menakjubkan, prestasi yang berkuasa dan bateri yang lebih tahan lama.

Siri A ini akan menjadi telefon pintar penting yang sesuai dengan semua golongan terutamanya generasi digital kini.

Dengan kedua-dua telefon pintar terbaharu ini, OPPO Siri A 2020 menawarkan lebih banyak kemungkinan berbanding sebelum ini.

Dicipta dengan teliti dan dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang menarik, OPPO Siri A 2020 merupakan telefon pintar yang mengujakan untuk para pengguna yang bersemangat untuk menghubungkan diri dengan dunia, mencari pengalaman-pengalaman baharu dan menerokai perasaan ingin tahu mereka.

Teknologi kameranya yang serba boleh dan mengagumkan meluaskan lagi batas kreativiti para pengguna, dan seluruh rekaan telefon bimbit ini menawarkan pengalaman hiburan yang hebat dan prestasi yang berkuasa.

Teknologi Kamera Yang Serba Boleh Membawakan Kepada Pengguna Lebih Banyak Pilihan Fotografi

OPPO A9 2020 dilengkapi dengan tetapan Kuad-Kamera pelbagai guna, termasuk Kamera Utama 48MP + Lensa Ultra-Lebar 8MP + Lensa Mono 2MP + Lensa Potret 2MP, manakala OPPO A5 2020 juga dilengkapi dengan tetapan Kuad-Kamera pelbagai guna tetapi dengan fungsi penting Kamera Utama 12MP.

Ciri-ciri ini menawarkan penggunaan menyeluruh yang dapat memberikan kepuasan kepada kehendak para pengguna dalam semua sudut pengambilan gambar dan senario, termasuk fungsi Mod Malam Ultra 2.0 dan kepelbagaian gaya potret yang artistik.

Lensa utama 48MP menambahkan kejelasan imej dengan resolusi yang lebih tinggi, membantu mengambil gambar yang lebih terperinci dan jelas. 119° lensa ultra-lebar 8MP memberikan lebih banyak kepelbagaian dari segi komposisi dan ekspresi gambar, menjadikannya lebih mudah untuk mengambil gambar yang besar dalam ruang yang lebih kecil.

Lensa Mono dan Lensa Potret membolehkan para pengguna untuk menambah kesan retro, kasar dan atmosfera ke dalam gambar potret yang diambil, mencipta imej yang lebih diperibadikan untuk para pengguna, menawarkan gaya baharu seiring dengan yang ditawarkan oleh jenama telefon pintar lain kini.

Mod Malam Ultra 2.0 memastikan pengurangan hingar yang cekap, manakala HDR dan Teknologi Pelbagai-Bingkai memberikan para pengguna gambar pemandangan malam yang melangkaui kecerahan dan perincian yang dapat dilihat oleh mata kasar manusia, kerana manusia diproses secara berasingan dari persekitaran mereka.

Wajah akan menjadi lebih cerah dan terperinci, manakala suar cahaya latar belakang berjaya dikurangkan dengan kadar yang banyak. Ringkasnya, imej kekal terang dan jelas tidak kira ketika dalam keadaan lampu bandar yang terang atau keadaan malam yang suram.

Kini, Mod Malam Ultra 2.0 juga berfungsi ketika mengambil gambar sudut Ultra Lebar sekaligus dapat menangkap lebih banyak keindahan landskap bandar ketika waktu malam.

A9 2020 dilengkapi dengan kamera swafoto 16MP manakala A5 2020 dilengkapi dengan kamera swafoto 8MP, di mana kedua-duanya menggunakan teknologi Kecantikan AI untuk swafoto yang lebih teliti khusus untuk memenuhi keperluan pasaran dan trend kecantikan terkini.

Teknologi ini secara automatik mengenal pasti tona kulit, umur, jantina dan warna kulit. Ia membezakan para pengguna untuk kecantikan yang disesuaikan.

Algoritma serba baharu untuk menambah baik rupa kecacatan pada kulit dan ciri-ciri yang lebih sempurna untuk mencipta wajah tanpa solekan, membolehkan para pengguna untuk merasai versi diri mereka yang lebih baik.

Teknologi penstabilan terbaharu OPPO juga memenuhi permintaan para pengguna yang semakin meningkat terhadap video aksi berkualiti tinggi, dengan roda penimbal terbina dalam pada kedua-dua telefon pintar ini.

Ini memberikan lebih kestabilan ketika membuat rakaman sewaktu berlari, berjalan, membuat kayuhan dan banyak lagi, bersama-sama dengan kesan video yang ditambah baik yang membolehkan para pengguna untuk mencipta video sendiri dengan hanya menekan satu butang, sesuai untuk mencipta kandungan  yang menarik di dalam era aplikasi video pendek ini.

Rekabentuk Pintar Yang Menarik dan Mesra Pengguna

OPPO Siri A 2020 juga dilengkapi dengan skrin Titisan Air yang lebih padat, dengan pengurangan keseluruhan kawasan sebanyak 31.4% berbanding generasi sebelumnya, agar kelihatan lebih menarik dan lebih baik untuk pengalaman pengguna.

Skrin penuh 6.5” mempunyai 89% nisbah skrin-ke-badan, di mana ia juga menggunakan Corning® Gorilla® Glass 3+ yang diperkuatkan, iaitu dua kali ganda lebih keras berbanding generasi ketiga dan menawarkan rintangan yang lebih baik terhadap calar.

Skrin Sinar Matahari meningkatkan kadar boleh-bacaan di bawah cahaya langsung yang kuat dan memastikan warna-warna sebenar bersinar melalui keadaan persekitaran yang bercahaya malap atau gelap, sementara penapis biru muda melegakan keletihan mata dan melindungi penglihatan mata pengguna dengan lebih baik di dalam cahaya rendah.

OPPO A9 2020 juga dilengkapi dengan ciri-ciri rekabentuk kecerunan 3D untuk kesan yang lebih berani dan menarik untuk dilihat. Dengan setiap peranti dibuat daripada empat kepingan melengkung 3D, yang kelihatan nipis dan selesa digenggam oleh tangan.

Ini ditunjukkan melalui corak skala-Nano yang mencipta pelbagai tona warna, lalu menghasilkan warna-warna yang menarik dari pelbagai sudut dan pelbagai jenis pencahayaan.

Perkakasan dan Perisian Yang Cemerlang Untuk Pengalaman dan Prestasi Yang Luar Biasa

Bateri berkapasiti besar 5000mAh membolehkan penggunaan sepanjang hari, yang mampu menyokong penggunaan berterusan selama 19 jam.

Bateri ini juga boleh mengendalikan pengecasan berbalik, membebaskan para pengguna tegar dan berterusan dari kebimbangan kehabisan bateri dengan cepat.

Dari segi audio, OPPO Siri A 2020 ini didatangkan dengan dua pembesar suara yang menawarkan kelantangan yang lebih tinggi dan kualiti bunyi yang lebih baik, walaupun pada kelantangan yang tinggi.

Bunyi itu kedengaran lebih menyeluruh dan lebih jelas, dengan kesan bunyi sekeliling yang lebih mendalam. Kesan bunyi Dolby Atmos® digunakan untuk bunyi yang mendebarkan, video dan pengalaman permainan yang lebih menyeluruh tidak kira bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ia juga menerima pengiktirafan Hi-Res Audio, memastikan kualiti bunyi yang menakjubkan, serta teknologi berarah yang mencipta pengalaman audio yang lebih mendebarkan, realistik dan menyeluruh.

Selain itu, OPPO Siri A 2020 juga memiliki prestasi berkuasa-ultra, yang dikuasakan oleh platform Qualcomm Snapdragon 655, dengan pemproses 64-bit 8-core.

Jika dibandingkan dengan A7 sebelum ini yang menggunakan Snapdragon 450, CPU A9 2020 telah dipertingkatkan sebanyak 40% manakala GPUnya telah dipertingkatkan lebih daripada 100%.

Bagi pengalaman permainan terutamanya, teknologi pemecut Game Boost 2.0 menawarkan Frame Boost dan Touch Boost yang dipertingkatkan, di mana kedua-duanya memberikan respon pemula permainan sepantas kilat, dengan mengurangkan sela masa dan kependaman skrin sentuh, memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik secara keseluruhannya.

Frame Boost menyediakan pemantauan masa nyata bagi operasi telefon untuk menyelesaikan pendaman dan sela masa, dan juga memperuntukkan sumber untuk mengelakkan telefon daripada menjadi terlalu panas atau menggunakan kuasa yang berlebihan.

Touch Boost membuat pelarasan khas kepada daya responsif skrin sentuh ketika bermain permainan, dan juga meningkatkan daya sensitiviti skrin sentuh ketika menjalankan aplikasi supaya telefon dirasakan lebih laju dan lebih responsif.

OPPO Siri A 2020 menggunakan ColorOS 6 dan Android 9.0, memberikan pengalaman visual yang lebih segar, diperhalusi dan selesa walaupun selepas penggunaan yang berpanjangan.

Selain menawarkan ciri-ciri pembuka kunci cap jari dan imbasan wajah, sistem operasi ini juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi pintar seperti Pembantu Pintar, Mod Menunggang, Parti Muzik dan Gerak Isyarat Navigasi yang meningkatkan kemudahan pengguna, keselamatan dan keboleh-upayaan keseluruhan telefon ini.

Tambahan pula, siri ini juga mempunyai kapasiti yang tinggi dan pilihan memori serba boleh yang menyediakan lebih ruang untuk merakam lebih detik-detik terindah, seperti kapasiti memori tinggi 128GB/64GB dan slot tiga-kad (Dual Sim + MicroSD) yang boleh menyokong sehingga 256GB memori.

Harga bagi OPPO A9 2020 adalah RM1,199 manakala harga bagi OPPO A5 2020 adalah RM699. Pengguna boleh mula membuat pra-pesanan sehingga 27 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di laman sesawang rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan kedai rangkaian OPPO Senheng, SenQ, DirectD dan ThunderMatch.

OPPO Siri A2020 akan dijual bermula 28 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan telekomunikasi telefon pintar iaitu Celcom. Ia juga boleh didapati di Digi, Maxis dan U-Mobile tidak lama lagi.

Pembaca-pembaca SalamToday Malaysia yang akan membeli telefon pintar dari Oppo ini, jangan lupa untuk muat turun aplikasi Salam Web di telefon pintar terbaru anda untuk melayari internet dengan lebih selamat. Selamat membeli!