Orang Asli Kampung Aring 5 terputus hubungan akibat banjir

Uncategorized MAS 16-Dis-2019

Lebih 300 penduduk Orang Asli di Kampung Aring 5, Gua Musang terputus hubungan apabila jambatan Sungai Aring yang menghubungkan kampung itu ditenggelami air. Jambatan berkenaan ditenggelami air sungai itu melebihi tiga meter akibat hujan lebat berterusan dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Jambatan tersebut mula ditenggelami air bermula pukul 6 petang tetapi masih boleh dilalui kenderaan termasuk motosikal. Namun hujan lebat berterusan mengakibatkan air sungai naik hingga melimpahi tebing dan laluan jambatan tidak boleh dilalui mulai pukul 8 malam.

Kejadian tersebut tidak melibatkan kediaman tetapi penduduk bersedia untuk berpindah jika air sungai terus meningkat naik.