Orang ramai teruja pembukaan semula Taman Tasik Titiwangsa

Uncategorized Adea Ghafar 15-Dis-2019

Taman Tasik Titiwangsa yang ditutup sejak 1 September 2018 untuk pengubahsuaian, dibuka semula hari ini  dengan berbagai tarikan baru, antaranya Taman Tema Air, Kanopi Banjaran Titiwangsa dan trek berbasikal sepanjang 2.5 kilometer.

Semenjak pagi lagi ribuan orang ramai berkunjung sempena cuti sekolah hari ini. Ternyata pengunjung rata-ratanya amat teruja dan berpuas hati dengan landskap baru, kemudahan awam, tempat riadah dan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Ciri kebersihan dan mesra keluarga juga turut dirasakan oleh seorang pelancong dari Italy.

Kolam bekas lombong ini telah dirasmikan buat pertama kalinya oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, mantan Perdana Menteri Malaysia pada 1 Februari 1980.