Otai Reformis desak Timbalan Presiden, Azmin Ali dipecat

Uncategorized MAS 12-Dis-2019

Kumpulan gerakan reformasi menghantar memorandum supaya tindakan diambil ke atas Azmin Ali. Desakan tersebut juga didokong Jingga 13, Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) dan Anak Reformasi.

Gesaan dibuat supaya Azmin Ali dan kumpulannya dipecat jawatan atau digantung keanggotaan parti disebabkan ponteng tanpa alasan pada hari terakhir Kongres Nasional PKR di Melaka minggu lepas. Tindakan ini dilihat melampau kerana mencemar nama baik dan imej parti selain menjejaskan reputasi Pakatan Harapan.

Lima penyokong Azmin Ali turut disenaraikan iaitu Tian Chua (Naib Presiden), Hilman Idham (Timbalan Ketua Pemuda), Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor), Haniza Talha (Ketua Wanita) dan Afif Bahardin (exco Pulau Pinang).