Panduan Kandungan Kalori Dalam Minuman Anda

Adakah anda tergolong dalam golongan individu yang gemar meminum minuman manis, berlemak dan mempunyai banyak perisa tambahan?
Pada masa yang sama, anda sering mengeluh kerana mempunyai perut yang buncit, berat badan yang sukar turun, malahan semakin meningkat.
Kami pasti, anda sebenarnya tahu masalah sebenar anda adalah gemar mengambil minuman manis, namun sukar untuk menghentikan tabiat tersebut kerana menggemari rasa minuman-minuman yang lazat itu.
Tetapi tahukah anda berapa banyak kalori yang terdapat dalam sesebuah hidangan minuman kegemaran anda itu?
Ada antaranya yang masih boleh diminum, namun dalam kadar minimum, dan ada antaranya yang harus dielakkan sama sekali kerana kandungan kalorinya amat tinggi dan menakutkan!
Dengan kandungan kalori yang tinggi, anda berkemungkinan hanya dapat membakar kembali kalori tersebut menerusi senaman berintensiti tinggi selama tiga hari berturut-turut, itu pun jika anda mengamalkan rutin bersenam.
Jadi, jika ada yang sedang berazam untuk mengurangkan pengambilan minuman manis dan ingin memulakan perubahan secara berperingkat, kami ingin membantu anda dengan menyenaraikan jumlah kalori yang terdapat dalam sesuatu minuman itu.
Diharapkan perkongsian oleh Coach Kevin Zahri ini dapat memberi panduan kepada anda sebelum membuat keputusan untuk meminum minuman tersebut.
1. Air kosong/air mineral
0 kalori
2. Air kelapa
60 kcal
(Isi kelapa= Kira-kira 1,000 kcal)
3. Jus avokado
300-400 kcal
4. Caramel Macchiato
Kira-kira 260kcal. Bergantung kepada saiz, jenis susu, krim putar dan lain-lain.
5. Kopi o kosong
0 kalori. Jika dimasukkan 5gm gula, terdapat 20kcal.
6. 1 tin minuman ringan bergas
Kira-kira 150 kcal.
7. Teh o ais limau
120 kcal
8. 1 gelas jus oren
Jika 100% buah, mengandungi 60 kcal (tidak ditambah gula). Jika ditambah gula, akan mengandungi kira-kira 120 kcal.
9. Minuman protein seperti 100% whey
90-110 kcal
10. Smoothie buah campur yogurt
200-500 kcal. Bergantung kepada cara penyediaan dan saiz.
11. 1 gelas susu soya
50 kcal (tidak dicampur gula)
12. 1 gelas air tebu
Kira-kira 110 kcal
13. 1 gelas susu
Kira-kira 60 kcal (rendah lemak)
100 kcal (susu biasa)
160 kcal (susu penuh krim)
14. 1 gelas teh tarik
90 kcal
15. 1 gelas teh o
0 kalori (tanpa gula)
Jadi, adakah anda akan meminum minuman-minuman tersebut secara kerap dan berlebihan selepas ini?
Fikir dahulu sebelum minum!
Sumber: Blog Kevinzahri.com
Foto: Brenda Godinez, Cinthia Escalante, Derek Story, Eiliv Sonas Aceron, Frame Harirak, Hasan Albari, Justin Leibow, Louis Hansel, Loverna Journey, Mae Mu, Manu Schwendener, Nathan Dumlao & Tara Evans (Unsplash)