Pasangan suami isteri didakwa perdagang pembantu rumah warga Indonesia

Uncategorized MAS 20-Dis-2019

J. Jayamalar dan suaminya, V. Chandru mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan pembantu rumah di Mahkamah Sesyen Ipoh. Tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Jayamalar didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu memperdagangkan mangsa bagi maksud eksploitasi pengabdian dan menyebabkan kecederaan parah. Kes berlaku di sebuah rumah di Taman Kledang Emas, antara 2011 sehingga 20 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan pertama, hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Bagi Chandru pula, hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.