Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Pasar Seloka Kembali Lagi!

Suka Ili Farhana 02-Okt-2019

Pasar Seloka kembali lagi hujung minggu ini, dan kali ini bertempat di pusat beli-belah The Starling di Damansara Uptown. Acara satu hari ini akan menampilkan lebih daripada 90 pengusaha dan jenama kecil tempatan yang menjual pelbagai produk dari barangan rumah sehingga ke alat solek dan pakaian. Tidak ketinggalan juga makanan dan minuman yang lazat-lazat belaka. Antara jenama ‘favourite’ yang bakal berniaga pada 5 Oktober nanti adalah The Kitchen Guardian, 5luxe scents & co, Seleksi Akma, Mokara, Bentuk Bentuk, The Hashtag, Pet Pots dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

Howdy folks! Here’s our list and we’ve checked it twice. ? Names of our vendors, oh so very nice! ❤️ • • • Meet this stellar bunch of creative peeps at our Pasar Seloka, Event Hall, @thestarlingmall this Saturday, 5th October. There’s over 90 independent, local brands to check out. What else to do besides shopping you ask? You can sample delicious treats and participate in activities for kids and grownups. A bit of everything for everyone. How’s that for your family weekend? See you there! ? • • • #pasarseloka #pasarseloka2019 #thestarlingmall #damansarauptown #artisanmarket #joinus #applynow #familyfriendly #curatedmarket #shoplocalkl #shopsmall #consiousconsumerism #curatedforcreatives #empoweringpeople #qualityoverquantity #makersmovement #starlingeventhall #shoplocal #wondermilkmarket #entrepreneur #smallbusiness #ilovewondermilk #market #pasar #plants #plantsofinstagram #plantsofmalaysia #artisan #foodiemalaysia #fashionmalaysia

A post shared by Pasar Seloka (@pasarseloka) on

Pasar Seloka berbeza dengan acara pasar hujung minggu yang lain kerana ia mahu mendekatkan para pembeli dengan pelbagai jenis produk yang dihasilkan oleh para peniaga kecil tempatan. Pembeli mungkin sering melihat nama-nama ‘vendors’ di dalam talian atau di ruang Instagram sahaja dan ini merupakan peluang yang baik untuk ‘turun padang’ dan melihat dengan mata sendiri barangan yang dijual. Tambahan pula, kebanyakan barangan yang dijual di Pasar Seloka dihasilkan dalam kualiti terhad.

Edisi ke-13 Pasar Seloka ini turut memuatkan sebuah ruangan permainan kanak-kanak. Ada juga aktiviti dan bengkel-bengkel menarik oleh Oh Little Mess untuk si kecil menghiburkan diri semasa ibu bapa sibuk membeli-belah.

Bagi mereka yang menggemari aktiviti riadah, boleh sertai acara yoga oleh Nafas Yoga pada waktu pagi. Semua aktiviti yang disediakan dikenakan bayaran minimal.

Bukan itu sahaja, Pasar Seloka kali ini bekerjasama dengan Rimau NGO, sebuah organisasi bukan untung yang membantu kerja-kerja pemuliharaan harimau Malaya serta Yayasan Kanser Payudara Malaysia yang akan menjalankan beberapa bengkel serta sesi terbuka/perbincangan bersama individu bebas kanser payudara.

Jika ada kelapangan di hujung minggu ini dan mahu ‘berkenalan’ dengan jenama-jenama tempatan yang jarang dijumpai di ruang-ruang membeli-belah am biasa, singgahlah ke Pasar Seloka.