Pasukan B-14, B-12 dari Malaysia juara Kejohanan Supermokh 2019

Uncategorized Ahmad Mahmud 21-Dis-2019

KUANTAN, 21 Dis — Kejohanan Supermokh 2019 di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) telah menyaksikan kemenangan pasukan AMD Malaysia Cougars bawah 14 tahun (B-14) dan NFDP Malaysia Panthers bawah 12 (B-12) sebagai juara kategori masing-masing.

Pasukan AMD Malaysia Cougars B-14 telah menewaskan AMD Malaysia Panthers 7-2, dengan keputusan 4-1 pada babak pertama. Bagi kategori B-12, NFDP Malaysia Panthers telah menang 3-0 mengatasi NFPD Malaysia Cougars.

Namun, Malaysia tidak dapat mencipta kemenangan ‘hatrik’ kerana pasukan AMD Malaysia Cougars Bawah 13 Tahun (B-13) telah tewas 0-2 kepada Buriram United dari Thailand dengan kedua-dua gol dicipta pada separuh masa kedua.